Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, October 27, 2009
YA ALLAH SELAMATKAN MANGSA TRAGEDI DIKUALA DIPANG INI
Komen teman : Inilah gara-gara nak membodek PM pasal projek 1Malaysia la dan dibuat Kem 1 Malaysia la.Siapa yang bertanggungjawab menguji kekuatan jambatan gantung ini dan tempat lain?
22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh
GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang mereka naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi. Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku lebihkurang jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.
Dilaporkan Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.
3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah.Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina.Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.
Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kenapa guru tidak dibenarkan oleh guru besar untuk hadir bagi mengawasi pelajar yang ramai serta aktiviti yg berisiko di kem tersebut?
Itu guru dari luar sahaja, tak termasuk guru dan kakitangan sekolah sk kuala dipang, pegawai pelajaran daerah, dan jurulatih pusat ko-ko...
Post a Comment