Teman ucapkan takziah pada En. Mat Salleh kerana musibah yang menimpa beliau.Harap beliau bersabar kerana ada hikmah disebalik ketentuan Allah itu.Untuk diri teman dan kita semua, mungkin satu hari nanti kita akan mengalami peristiwa sebegini atau dalam bentuk yang lain,yang penting kita sentiasa berusaha dan berserah pada Allah.
KUANTAN – Seorang penternak, Mat Salleh Awang, 58, bercadang menjual beberapa ekor lembunya untuk disembelih pada Hari Raya Korban bulan depan.
Namun, dia berasa resah pada waktu hujan lebat malam kelmarin apabila mendapati sebanyak 13 ekor lembunya tidak pulang ke kandang seperti biasa.
Hanya pada kira-kira pukul 8 pagi semalam, baru Mat Salleh menemui bangkai 13 ekor lembunya itu yang mati bergelimpangan dipercayai dipanah petir di ladang kelapa sawit Perusahaan Pertanian Negeri Pahang, Kampung Pantai Sepat di sini.
Tiada tanda serangan haiwan pemangsa ditemui melainkan kesan terbakar pada mulut, dubur dan kaki kesemua haiwan tersebut.
“Saya sudah berkira-kira mahu menjual sebahagian lembu itu menjelang Hari Raya Korban.
“Apabila sampai, saya mendapati sekumpulan lembu milik saya iaitu lima ekor jantan dewasa, lima ekor betina dewasa dan tiga anaknya tumbang tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mat Salleh kemudian menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menyiasat punca kematian haiwan ternakan berkenaan.
“Pegawai veterinar memberitahu saya lembu-lembu itu dipercayai disambar petir secara serentak ketika hujan ribut antara pukul 8 hingga 12 malam tadi (kelmarin),” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment