Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 18, 2009

TENTERA YG SAMBUNG KHIDMAT MEMANG WAJAR DAPAT 2 PENCEN !

Komen : Kalau YB-YB dan menteri-menteri boleh dapat 1 hingga 3 pencen dengan khidmat cuma beberapa tahun sahaja ,kenapa tentera tidak boleh?Padahal mereka beri khidmat bukan 1 atau hin 5 tahun ,malah lebih dari itu.
BARU-BARU ini, kerajaan menaikkan pencen persaraan kakitangan awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun iaitu sebanyak RM250. Timbul persoalan pula, bagaimana dengan mereka yang berkhidmat dalam dua sektor awam iaitu berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 16 tahun dan kemudiannya menyambung tugas sebagai kakitangan awam lain untuk satu tempoh perkhidmatan. Adakah mereka tidak layak untuk menerima bayaran pencen sebagai bekas angkatan tentera? Kami berharap dengan transformasi pentadbiran dan kepemimpinan khususnya dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, ia tidak akan mengabaikan kebajikan golongan kami sebagai bekas tentera.
BEKAS TENTERA '88,
Pontian, Johor

No comments: