Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengejutkan dan menggamatkan Sidang Dewan Rakyat, Khamis apabila beliau mengesyorkan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya meletakkan jawatan.
Beliau malah mengkritik kedua-dua pemimpin itu secara terang-terangan dengan membuat kenyataan bahawa Ong tidak mendapat kepercayaan partinya sendiri sementara Koh pula gagal melaksanakan tugasnya sebagai Menteri dengan baik.“Seorang pemimpin kabinet bertaraf menteri tidak harus kehilangan kepercayaan ahli parti, apatah lagi apabila maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat. Sekiranya mereka tidak lagi dipercayai ahli parti, pemimpin itu tidak seharusnya berada dalam kabinet
Namun pendedahan dan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk kontraktor PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd dan beberapa pendedahan oleh sebuah blog http://pkfz.blogspot.com/ memberi perspektif baru kepada ramai pemerhati dan penganalisis politik serta juga perwakilan MCA.
Ong mengokestrakan pemecatan Chua Soi Lek. Beliau tidak boleh menafikan campur tangan dan pengaruh beliau yang menjatuhkan Chua.
Tanpa membaca realiti politik di bawah sama ada di kalangan orang cina mahu pun perwakilan MCA yang marah dengan tindakan tidak menghormati keputusan pemilihan MCA, Ong berpendapat beliau boleh menang jika diadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa seperti mana yang diminta oleh Chua.
Malahan Ong dengan angkuh berkata sekiranya beliau kalah dengan satu undi pun dalam usul kepercayaan terhadap Presiden, beliau akan meletak jawatan.
Kesombongan beliau akhirnya dijawab oleh perwakilan MCA. Beliau kalah. Malah lebih memalukan pemecatan keahlian Timbalan beliau juga dibatalkan oleh perwakilan.
Mengapa Ong Tee Keat kalah? Ini kerana beliau beranggapan mereka yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu merupakan penyokong kuatnya. Malangnya mereka merupakan perwakilan MCA yang mahu mencari pemimpin terbaik untuk MCA. Sebab itu mereka memilih Ong dan Chua yang mempunyai rekod kerja yang baik dalam politik dan pentadbiran.
Perwakilan juga membuat keputusan untuk tidak mengekalkan Chua sebagai Timbalan Presiden kerana mereka tidak mahu MCA terus berpecah dengan puak Ong dan Chua.
Ini merupakan keputusan terbaik untuk MCA. Mengeluarkan kepala ikan yang telah busuk bagi menyelamatkan isi ikan yakni MCA sendiri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Suratkhabar Cina melapurkan tinjauan bahawa masyarakat Cina mahukan Ong Tee Keat terus menerajui MCA.
Terimakasih.
Assalamualaikum
Kita berpegang atas keputusan EGM (MCA) yang lalu lebih menyakinkan dan tepat.Dibandingkan dengan surat khabar cina yang berkaitan.
Post a Comment