Hakim yang pernah bebaskan Raja Petra alhamdulillah telah juga dinaikan pangkat.
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Raja Petra Kamarudin dari tahanan ISA, Yang Arif Datuk Syed Ahmad Helmy, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.
Beliau menerima watikah perlantikan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Syed Helmi dianggap sebagai hakim yang berani menukar undang-undang ketika beliau mengadili kes harbeus corpus Raja Petra yang ditahan di bawah ISA itu
Ini kerana, sebelum kes ini semua tahu Menteri Dalam Negeri boleh berbuat apa sahaja untuk menahan mana-mana pihak di bawah ISA dan tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah.
Namun, Yang Arif Syed Helmi telah menukar 'undang-undang' ini dengan berkata mahkamah berhak untuk menyemak adakah menteri melakukan sebarang kesalahan dalam melaksanakan kuasa yang diberikan kepadanya.
Penghakiman beliau ini telah disifatkan sebagai 'mengubah undang-undang' oleh seorang blogger dan penulis terkenal Art Harun dalam blognya.
Raja Petra dibebaskan kerana beliau didapati tidak menjejaskan keselamatan dalam negara dengan hanya menulis di dalam laman web.
Selain Syed Ahmad Helmy, turut menerima surat perlantikan adalah tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.
Hakim yang dilantik ke Mahkamah Rayuan adalah Datuk T. Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah Seng @ Tee Boon Hooi di samping Syed Ahmad Helmy.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment