Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 16, 2009

STRATEGI PULUN PARTI BARU , ALIRAN BARU UMNO/BN

Komen : Pakatan Rakyat tidak perlu risau atau tergugat bila BN melalui mastermind UMNO ingin menggagalkan penubuhan Parti Pakatan Rakyat.Di waktu yang sama SPR menjalankan jarum kunun mencadang dan menggalakkan Pakatan Rakyat mendaftarkan PR sebagai parti yang mempunyai komponen partinya. Kita tau antara syarat untuk mendaftar Pakatan Rakyat perlukan lebih dari 3 Parti komponen,dengan sebab itu UMNO/BN sanggup menerima Parti Baru walaupun Parti Longkang atau Parti Sampah bagi menjayakan projek agar tiada Parti Baru ingin masuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.
Kita melihat UMNO/BN telah menerima Parti Makhal Sakhti sebagai komponen dan tidak lama lagi kununya Parti KIMMA dan seterusnya Parti PDRM dan Parti SPR serta Parti SPRM?
Di bawah ini pendapat penulis penyokong UMNO:-
Kimma wajar di terima menjadi parti komponen Barisan Nasional kerana tiada paksaan untuk asimilasi di negara ini dikuatkuasakan dan ini membuatkan tiada sebab untuk masyarakat India Muslim yang mahukan parti sendiri, ternafi hak mereka.

Kimma terdiri dari ahli yang bertutur bahasa Tamil dan beragama Islam. Mereka antara rakyat Malaysia yang hidup makmur melalui perniagaan yang cemerlang. Mereka tidak dapat menyertai MIC yang sinonim dengan kuil, dan tidak diseru untuk menyertai UMNO mungkin kerana faktor bahasa yang menjadi asas struktur negara ini.
Apa yang dibimbangkan ialah apabila Pakatan Rakyat terlalu memerlukan parti komponen bagi membolehkan ianya didaftarkan. Ini akan mendorong usaha pemimpin de facto Pakatan Rakyat untuk mengemukakan agenda konspirasinya bagi merampas Kimma melalui sengketa dalaman.
Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 7 parti komponen untuk didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik bersekutu.
Ini akan membuka peluang kepada parti-parti yang kemaruk ini untuk memulakan kempen psikologi dan menjalankan taktik-taktik kotor.
Malaysia yang tidak mengamalkan dasar asimilasi sewajarnya menerima sebuah lagi parti orang Islam di dalam Barisan Nasional.
Kimma sebagai sebuah parti yang setia mendukung Barisan Nasional seharusnya layak di terima ke dalam Barisan Nasional dan merintis penambahbaikan Barisan Nasional dengan penyertaan sebuah parti yang dipimpin orang Islam di dalam Barisan Nasional.

No comments: