Komen : Yang teman tak faham macamacama Umno boleh jawab bagi pihak SPR. Kalau ikut maklumat kat sini dah 2 kali ADUN Johol yang "sedang bersabung nyawa" tu hantar surat letak jawatan kepada SPR. Teman tak pernah jumpa langsung SPR ulas pasal surat ni. Cuma ikut sumber tu Cikgu Bard kata SPR tolak surat perletakan jawatan tu.
Kalau betul macam yang Cekgu Bard kata, apa hak SPR nak tolak surat tu. Sefaham teman tugas SPR cuma mngendalikan pilihanraya saja.
Apa-apa pun, walaupun Umno nafi berita tu sungguh-sungguh.Teman harap PAS Negeri Sembilan kena mula buat kerja. Dah kena mula turun tanya khabar berita rakyat marhaen di Johol dan Lenggeng. Pimpinan PR pun kena mula turun sana.
Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.
ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.
Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment