Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 20, 2009

RUPANYA DUTA MALAYSIA DI USA YANG MASIH AHLI PARLIMEN ROMPIN SENTIASA BAWA KALKULATOR

Kerajaan Malaysia disyor menawarkan taraf pemastautin tetap (PR) kepada lebih 200,000 warganegara Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi rakyat negara ini bagi mewujudkan rangkaian ekonomi kukuh antara kedua-dua negara. Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Nama glamour ialah JJ), ketika membuat cadangan itu berkata kehadiran rakyat AS ke negara ini dapat menyuntik aliran masuk wang asing yang besar pada setiap tahun kerana jika seorang rakyat Amerika berbelanja USD10,000 di Malaysia, bermakna USD2 bilion (RM7.6 bilion) wang asing memasuki negara ini.
Hai banyaknya duit macam mula-mula syarikat bawa pekerja Indonesia dulu, sampai berbilion untung tapi tidak masuk kekantung kerajaan Malaysia.
Yang masuk ialah masalah sosial yang di bawa mereka yang bermasalah.Sepatutnya kerajaan selesaikan apa yang ada dalam Malaysia.Operasi pemutihan perlu diselesaikan segera agar kita dapat angka sebenar berapa ramai rakyat Indonesia yang bertraf mastautin dengan yang bertaraf sementara.
Sama juga dengan pekerja asing dari MynMar, Bangladesh dan Filipina danlain-lain, agar statistik dan pengawalan pemeriksaan melalui cop jari berkomputer perlu diguna dan dikuatkuasakan agar kita boleh periksa pengenalan diri mereka secara spontan dan carian melalui internet.

No comments: