Komen : Silap-silap EGM UMNO kedua mungkin diadakan.Fasal 9.5 terus dipertikai dan diragui kelemahannya.
Penulis tidak akan berhenti menulis mengenai isu ini sehinggalah ada yang mampu menjawab dengan tepat dan memuaskan iaitu di manakah rasionalnya 4,775 jawatankuasa bahagian layak secara automatik bertanding di mana-mana jawatan di dalam Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden UMNO?
Fasal 9.5 yang baru mengatakan bahawa "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli MT atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama 1 penggal."
Jika 191 bahagian x 25 jawatankuasa di setiap bahagian, maka 4,775 orang layak bertanding! Jumlah ini terlalu besar dan tidak logik untuk bertanding Presiden UMNO! Ianya menyebabkan jawatan Presiden UMNO tampak terlalu murah, kurang kredibiliti dan tiada ummphh nya!
Malah, klaus 'mana-mana jawatan' di dalam Fasal 9.5 turut menimbulkan persoalan iaitu 4,775 orang boleh bertanding sebagai Presiden, Timbalan, Naib dan MT UMNO sekaligus! Apakah 'mana'mana jawatan' itu sebenarnya bermaksud 'di antara satu jawatan Majlis Tertinggi' yang pada pendapat penulis lebih logik dan praktikal?
Penulis juga hairan kehilangan klaus-klaus 'seniority' seperti 3 penggal, 2 penggal dan 1 penggal dalam jawatan yang terdapat di dalam cadangan awal pindaan perlembagaan UMNO itu.
Bila masakah klaus-klaus itu dimansuhkan di dalam cadangan awal tersebut?
Apakah jawatankuasa pindaaan perlembagaan berhak untuk melupuskan sendiri klaus-klaus 3 penggal, 2 penggal dan 1 penggal itu padahal klaus-klaus ini telah termaktub di dalam cadangan awal pindaan perlembagaan?
Jika ianya dimansuhkan dan diistiyharkan selepas setiap bahagian UMNO bermesyuarat, keputusan sebulat suara perwakilan UMNO di dalam PWTC tidak valid kerana tiada bahagian UMNO yang sebenarnya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan yang tepat!
Penulis juga memberi amaran bahawa akan berlaku manipulasi media yang teruk di masa hadapan. Penulis tidak bercakap kosong tetapi jika kita kaji dengan mendalam, hanya sistem media sahaja yang dapat menyampaikan mesej sebarang pemimpin itu kepada ahli-ahli akar umbi terutamanya 147,000 pengundi baru UMNO kelak.
Pemimpin yang popular akan dikenali lebih ramai orang jika dibandingkan dengan pemimpin tempatan yang tidak mempunyai akses kepada memperkenalkan diri mereka kepada ahli-ahli UMNO yang lain.
Berkemungkinan akan berlaku pemimpin yang popular dan dikenali ramai tetapi pemimpin tersebut sebenarnya busuk dan buruk. Yang paling teruknya ialah pemimpin-pemimpin UMNO yang berminat akan berlumba-lumba mencari publisiti murahan asalkan nama dan foto mereka terpampang untuk tatapan para pembaca!
Kaedah ini amat merbahaya kerana jika perkara ini diteruskan, integriti dan etika kewartawan akan tergugat dan rakyat Malaysia akan merasa lebih meluat dengan publisiti murahan yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment