Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 12, 2009

RAMAI KELIRU TENTANG PERAK BILA RAMAI PENGANALISIS POLITIK YANG KURENG ILMU !

Kejahilan Dr Samsul Amri Baharuddin seorang penganalisis politik berhubung perlantikkan speaker DUN Perak V.Sivakumar telah menaikkan sikit suhu pengerusi DAP perak yang juga ADUN Setiawan Koo Ham.
“Mengapa dia ( Shamsul) keluarkan kenyataan,yang beliau sendiri tidak faham tentang Undang-undang Kerajaan Negeri Perak”tegas beliau.
“Tolong jangan gunakan institusi kesultanan dengan sesuka hati dan dalam segala hal,kita perlu rujuk kepada Undang-undang kerajaan Negeri Perak yang telah sedia ada” katanya sebagai respon terhadap kenyataan Dr. Shamsul yang menyatakan bahawa hanya sultan yang layak memperkenankan perlantikan seseorang Speaker Dewan.
Koo Ham berkata,mengikut perintah tetap dewan 3 dan 4,seorang speaker dilantik oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bukan Sultan.Tegasnya lagi,kita janganlah sesukahati memberikan kenyataan sehingga mengelirukan masyarakat yang inginkan kepada kebenaran dalam undang-undang.
“Jangan kita berikan ulasan atau pandangan jika kita sendiri tidak faham dan tidak tahu dengan apa yang kita cakapkan,”bidas beliau dengan sinis.Sekali lagi saya tegaskan,"bahawa perlantikan Speaker Dewan adalah sah kerana dilantik oleh ahli Dewan dan bukannya lantikan dari sultan dan V.Sivakumar masih lagi sah sebagai Speaker Dewan Perak.

No comments: