Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 19, 2009

RAHSIA TERBONGKAR CUMA 1 PERATUS SAHAJA


Komen : Dengan masalah bangunan atas bumi pun mencurigakan, tiba-tiba idea gunakan teknologi punca air bawah tanah pulak.
Janganlah mengarutlah para engineer yang nak buat projek tersebut.Malaysian belum sampai peringkat tu lagi.Yang penting semua rakyat dapat air paip.Jangan beri rakyat menebuk bumi buat perigi sewenang-wenangnya.


Bangunan-bangunan pencakar langit sama ada bangunan pejabat, kondominium, rumah pangsa, hotel dan rumah bertingkat bakal berada dalam kemusnahan seandainya gempa bumi berlaku di tanah air tercinta ini. Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), mendedahkan kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemaju serta pihak yang membangunkan sesuatu projek demi mengejar keuntungan lebih memburukkan keadaan. Bahan binaan bermutu rendah menjadikan kediaman serta bangunan tinggi ini seolah-olah 'keranda' yang menunggu masa untuk menyembah bumi dan menjadi kubur kepada penghuni-penghuninya.

Lihat sahaja laporan-laporan akhbar mengenai dewan sekolah runtuh, stadium runtuh dan masjid yang baru setahun digunakan turut runtuh walhal tiada hujan dan tiada ribut. Semua ini gara-gara terlalu ingin mengejar keuntungan ditambah dengan pentadbiran serta pemantauan yang lemah oleh pihak berwajib dalam memantau sesuatu projek pembinaan.

GEORGETOWN : Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), mendedahkan kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi. Antara bangunan yang disahkan mengikut piawaian ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Penyelarasnya, Prof Madya Taksiah Abdul Majid, berkata kajian mendapati, kebanyakan bangunan di negara ini tidak mementingkan aspek itu kerana beranggapan Malaysia tidak berisiko dilanda bencana tersebut. "Malaysia jarang mengalami masalah gempa bumi yang dahsyat dan faktor itu menyebabkan kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang mengambil berat aspek kesan beban gempa bumi," katanya ketika sidang media pengumuman penubuhan UPB di USM di sini, semalam. Turut hadir, Pemangku Naib Canselor USM, Prof Omar Osman.

Taksiah yang juga penyelidik utama gempa bumi, berkata perkara berkenaan tidak boleh diambil mudah berikutan Kuala Lumpur hanya 300 kilometer dari Sumatera yang kerap berlaku gempa bumi. Sehubungan itu, katanya UKB sedang menyiapkan garis panduan pembinaan bangunan untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi memastikan setiap bangunan di negara ini dibina mengikut spesifikasi ditetapkan. "Garis panduan itu dalam proses semakan akhir sebelum dikemukakan kepada pihak berkaitan sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.
Sementara itu,Omar berkata, penubuhan UKB bertujuan menggabungkan kepakaran USM dalam merentasi pelbagai disiplin. UKB kini diterajui 10 penyelidik yang memfokuskan kepada lima bidang penyelidikan utama iaitu simulasi tsunami dan kesan pada komuniti,struktur bangunan selamat,penularan penyakit, tanah runtuh serta banjir. "Dengan wujudnya UKB, kita dapat menyusun dan mengumpul maklumat yang diperoleh daripada kajian dengan lebih menyeluruh, tepat dan dijadikan rujukan mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya.
Penubuhan UKB membabitkan beberapa pakar Pusat Pengajian Kaji Hayat, Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Kejuruteraan Bahan, Saliran dan Sumber Mineral serta Kejuruteraan Awam. "USM mempunyai pakar dalam bidang tertentu yang sudah lama menjalankan kajian dalam disiplin masing-masing," katanya.

No comments: