Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 27, 2009

PPSB JELMAAN PKFZ ? MASAK UMNO !


KUALA LUMPUR, 26 Okt. | Salah seorang pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) yang mendedahkan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja serta-merta kerana tidak tahan dibuli majikannya sendiri.
“(Pekerja) Bangla yang datang sini pun ada terma perjawatan…saya sampai sekarang tidak dapat terma perjawatan. Yang mereka tahu, tekan (menindas) pekerja bawahan,” tegas Abdul Rahim Mohd Sultan (gambar), Juruteknik Kanan (Mekanikal).
Dakwanya, beliau dipaksa bertukar dari Unit Hydrografi-Marin ke Tanjong City Marina-SBU Kargo kerana beliau membuat beberapa aduan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lalu.
Dakwanya lagi, Pengurus Besar Sumber Manusia PPSB, Tadzaruddin Abdul Manaf sebenarnya dalang disebalik amalan buli dan menukar posisi pekerja bawahan, yang enggan mengikut telunjuk majikannya.
“Waktu pengkorperatan nak dibuat 1994 dulu pun, saya yang nak kekal sebagai kakitangan kerajaan, tidak diberikan surat hitam puteh Obsyen A…surat terma dan perjawatan tidak diberi,” jelasnya.
“Sekarang saya nak pencen pun, tidak ada (diberikan) surat terma dan perjawatan…ini profesionalkah,” soalnya lagi.
Tegasnya lagi, pertukaran terakhir itu dipercayai bertujuan menghalang beliau membantu proses siasatan SPRM yang melibatkan Unit Hydrografi-Marin.
“Mereka boleh nafikan segala pendedahan. Jika benar, kenapa tidak dakwa saya di Mahkamah…kenapa halang saya bantu siasatan SPRM…kalau dia (PPSB) berani, dakwalah,” tegasnya lagi.
“Mereka sanggup buat pejabat di bangkai pelabuhan lama bernilai 30 ribu ringgit, untuk letak saya di sana…ini satu penghinaan.”
Jelasnya lagi, beliau pernah meminta perlindungan profesional daripada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar, namun majikannya seolah-olah mahu menutup penyelewengan tersebut dari disiasat SPRM.
Petang tadi, PPSB sekali lagi menafikan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal pengeruk laut yang bernilai RM2.4 juta.
Memalui faks yang diterima, PPSB turut mendakwa segala proses pembelian kapal pengeruk laut tersebut diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya.
Jelasnya lagi, perlantikan tender yang berkaitan juga sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan PPSB.
Wartawan harakahdaily yang melaporkan skandal tersebut turut dihubungi, supaya tidak lagi melaporkan skandal yang melibatkan PPSB.
Beberapa hari lalu, beberapa pekerja terbabit mendakwa wujudnya majikannya menggelapkan diesel bernilai RM1.2 juta.
Tetapi, dakwaan itu dinafikan oleh pihak tertentu melalui faks tanpa penama yang dihantar kepada Harakahdaily.
Majikannya turut didakwa melakukan rasuan dalam pembelian kapal pengeruk laut bernilai RM2.4 juta.
Majikannya juga didakwa cuba menyalahgunakan kuasa dalam jual sewa alat gantian kapal tersebut, bernilai RM180 ribu.
Beberapa dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan Koperasi Tanjong Sdn. Bhd yang dikatakan milik beberapa pemimpin Umno Bahagian Tanjong.
Sekiranya beberapa dakwaan tersebut benar-benar berlaku, ianya menjadi satu lagi sejarah kegelitaan integriti negara selepas kes rasuah dan penyelewengan kuasa di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sehingga kini masih belum selesai.

No comments: