Komen : Teman tabik & respek bila Pemuda & Wanita UMNO JOHOR bertindak secara betul bila maruah Islam dicabar.
pesanan teman,lainkali jangan pilih-pilih bila nak membela Islam dan jangan pilih masa baru nak istiharkan perjuangan Islam anda.
Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Johor Bahru, hari ini membuat laporan polis menuntut supaya pertubuhan yang bernaung di bawah Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) disiasat mengikut Akta Hasutan kerana mencampuri kes hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamed dan Ketua Wanita, Salmah Saffar membuat laporan itu di Balai Polis Sentral di sini pada jam 1.40 tengah hari tadi.
Salmah berkata, laporan polis dibuat kerana tuntutan JAG untuk mendapatkan perintah penggantungan, pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi oleh Mahkamah Syariah adalah berbahaya dan mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
"Tuntutan JAG juga tidak menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini selain boleh menimbulkan ledakan emosi penganut Islam seterusnya mencetuskan konflik keagamaan yang dikhuatiri akan menggugat suasana keharmonian masyarakat di negara ini," katanya selepas membuat laporan berkenaan.
Salmah berkata, JAG tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan penerimaan Kartika Sari Dewi dan keluarganya terhadap hukuman yang diputuskan memandangkan wanita itu sendiri reda untuk menjalani hukuman berkenaan.
Khalid pula berkata, pihaknya memandang serius tindakan JAG itu dan mengharapkan siasatan dapat dibuat segera kepada pihak berkenaan.
Kartika Sari Dewi, 32, dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang, pada 11 Julai 2008.
Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan Ramadan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment