Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 27, 2009

MUJUR TIDAK DIBAKAR , JIKA TAK MAYAT DAH HANCUR

Keluarga Teoh Beng Hock bernasib baik mayat mendiang Teoh tidak dibakar dan memang wajar dan betepatan dengan usaha keluarganya mengemukakan permohonan ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah membenarkan mayat pembantu politik itu dikeluarkan dari perkuburan untuk pemeriksaan bedah siasat kedua.
Dengan cara inilah satu-satu cara membersihkan fitnah SPRM dan pakar forensik Malaysia yang menuduh Teoh membunuh diri sendiri.Dan mudahan dengan cara ini juga SPRM di masa akan datang lebih profesional dalam kerja mereka dengan melarikan tanggungjawab bila Teoh mati dalam kawasan pejabatnya.
Permohonan itu, yang turut disertakan dengan afidavit bersumpah oleh abang mendiang, Teoh Meng Kee, dibuat melalui peguam mereka Gobind Singh Deo pada pukul 3.45 petang tadi.
Kalau ada halangan maka memang something was wrong somewhere.
Dalam afidavit itu, Meng Kee, 33, menyatakan bahawa keterangan pakar forensik Thailand, Dr Porntip Rojanasunand di mahkamah minggu lalu yang mendedahkan kemungkinan Beng Hock mati akibat dicekik dan didera perlu dibuktikan dengan melakukan pemeriksaan ke atas mayat itu sekali lagi.
"Saksi ini telah memberitahu bahawa, pemeriksaan yang beliau jalankan melalui gambar-gambar bedah siasat menunjukkan terdapat kesan tekanan di bahagian kiri leher si mati dan kesan hematoma di bawah permukaan kulit bahagian itu yang konsisten dengan 'kesan cekik secara manual' pada si mati.
"Juga kecederaan di bahagian dubur si mati tidak konsisten dengan kecederaan daripada jatuh dari tempat tinggi dan kelihatan terdapat cedera akibat penembusan di bahagian itu," katanya dalam afidavit itu. Ini berbeza dengan keterangan pakar bedah dan forensik Dr.Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Beng Hock, yang merumuskan kematian mendiang adalah kerana jatuh dari tempat tinggi.

"Kedua-dua saksi ini telah memberikan keterangan pendapat bahawa kemungkinan besar si mati telah membunuh diri. Walau bagaimanapun Dr Khairul ada menyatakan kemungkinan yang si mati telah dicederakan sebelum jatuh," kata Meng Kee.

Beliau berkata Dr Porntip, melalui keterangannya di mahkamah, telah merumuskan bahawa Beng Hock tidak meninggal dunia kerana bunuh diri, sebaliknya mati dibunuh.

Oleh itu Dr Porntip perlu diberikan peluang sepenuhnya untuk mengendalikan pemeriksaan ke atas mayat Beng Hock bagi menentusahkan keputusan dan pendapat beliau, menurut afidavit itu lagi.

Dr Porntip, 54, merupakan ketua pengarah Institut Sains Forensik Sentral, Kementerian Kehakiman Thailand dan telah dipanggil oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan keterangan dalam prosiding inkues bagi membantu menyiasat punca kematian Beng Hock. Pada 16 Julai, Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan yang sama.
Mayatnya telah dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor.
Di luar mahkamah, Gobind memberitahu media beliau berharap permohonan itu akan didengar di mahkamah secepat mungkin, dan berkata jika permohonan itu dibenarkan, pemeriksaan ke atas mayat Beng Hock akan dilakukan oleh Dr Porntip pada awal bulan depan.

No comments: