PAS meminta rakyat N31 melihat sendiri nasib Dun Linggi yang diwakili Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak tahun 1978 lalu, sebelum membuang undi Ahad depan.
Naib Presidennya Salehuddin Ayub pagi tadi mendedahkan projek perhentian bus terbengkalai sejak 10 tahun lalu, yang menjadi simbol kritikan setempat kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
"Di tangan saya ini, adalah (gambar) projek terbengkalai sejak 10 tahun lalu, dibina waktu dia (Isa) jadi Adun Linggi. Ketika Isa jadi Menteri Besar pun, ianya tidak juga selesai," katanya.
"22 tahun jadi MB, hanya tapak bas terbengkalai sahaja yang ada (wujud). Ia adalah rahsia umum (dan) tanda tanya seluruh penduduk Linggi, yang pengundi Bagan Pinang perlu tahu."
Beliau juga meminta rakyat tempatan memberi nilai KPI (aras pencapaian utama) kepada Isa, disebabkan gagal menyelesaikan masalah naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi sejak 10 tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Umno tidak perlu menggambarkan Isa sebagai pemimpin yang berjasa kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment