Komen : Teman tak terperanjat jika PAS menang dengan majoriti 62 undi.Cuma ramalan teman.Melihat dari kesungguhan serta komitmen petugas,penyokong,petugas JPRK,JPN,Wakil-wakil rakyat semua Parti dari Pakatan Rakyat dan NGO yang hadir memantu dan jangan lupa Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.
Pada 8 Oktober bila giliran Pakatan Rakyat Negeri Selangor ambil giliran bertugas ,teman terasa tercabar.Walaupun jarak markas dengan perumahan Ladang Bradwall lebihkurang 5 kilometer namun tidak menjadi masalah untuk kami memberi khidmat sumbangan termampu.Pada hari itu kami telah sediakan aktiviti bersama rakyat dan pengundi di Ladang tersebut.Paginya acara beramah mesra dari rumah ke rumah untuk menemui sendiri pengundi dan mengesan kedudukan mereka serta membuat semakan rekod berbanding maklumat SPR.Sememangnya rekod dari SPR tidak lengkap seperti alamat pengundi samada sengaja atau tidak disengajakan. Kemudidan acara memberi sumbangan,lawatan calon melihat tradisional masak muruku oleh kaum India.Acara lawan bolasepak dengan remaja ladang dan makan malam bersama penundi/penduduk ladang dan YB YB yang hadir serta semua hadirin.Sebelum itu petangnya ada acara beri sevis motosikal percuma dan pertunjukan penggunaakan motor dengan betul oleh seorang ahli PRO motorsikal.
2 insiden utama yang menarik dan teman anggap satu rekod kempen teramai pada satu UPU dengan masa sehingga 10 malam sahaja.Tidak dijangka tidak kurang 10 Adun berbangsa India memberi ucapan dan penjelasan dari 3 ADUN sahaja yang dijangka.Antaranya ADUN berbangsa Melayu adalah Exco YB Iskandar dan ADUN Ampang YB Kasim.Antara ADUN/Ahli Parlimen yang beri ucapan termasuklah Speaker Sah Perak iaitu YB Sivakumar,AP Xavier , YB Gobalakrisnan dan lain.Selepas itu YB Nurul Izah dan Ketua AMK Shamsul dan ceramah berakhir .Alhamdulillah pihak polis merasa puas hati dengan perjalanan dan kawalan yang mereka adakan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment