Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 31, 2009

LUAHAN BERAPI ANAK FELCRA YANG DAH LAMA DIAUTA


Fakta Perbandingan.

FELDA - Tanah dan rumah diberi .Pendapatan sebulan RM1,000
FELCRA - Tanah dan rumah sendiri tapi pendapatan RM200 sebulan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya,mengapa saya boleh bersikap pesimis atau mundur seperti ini. Saya bukanlah orang yang suka menghentam secara membuta tuli tapi yang hak tetap saya tegakkan, tanpa ada sekelumit pun rasa takut dan was-was. Pasti,semua orang tahu makna disebalik pepatah ini HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM.

Oleh itu, hanya keturunan peserta FELCRA sahaja tahu cerita sebenar di sebalik pembohongan 'BANTUAN, VISI, RANGSANGAN yang digembar-gembur untuk meningkatkan pendapatan masyarakat kampung yang memang tersedia di bawah paras kemiskinan tegar tersebut.

Umpama langit dan bumi yang boleh diibaratkan perbezaan antara FELDA dan FELCRA walaupun mereka berdua ini dilihat seperti adik-beradik yang dijana untuk membasmi kemiskinan penduduk di tanah bertuah ini.

Bayangkanlah jika peneroka FELDA memperoleh gaji minimum RM1000 sebulan, peserta FELCRA hanya memperoleh jika dibuat kiraan purata hanya sekitar RM200 sebulan. Seperti penerima bantuan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.

Adakah AGENSI ini layak digerakkan lagi untuk meningkatkan pendapatan penduduk? Cukup-cukuplah beretorik Menteri memegang cek replika berjuta-juta sedangkan kisah sedih berlaku apabila dividen sampai ke tangan peserta di sebalik kemegahan upacara yang pasti gilang gemilang untuk penyampaian cek tersebut.

Bayangkanlah saudara-saudara sekalian, peneroka FELDA memperoleh tanah dan rumah bantuan terus daripada kerajaan, memperoleh gaji minimum RM1000 sebulan. Tetapi bagaimana dengan nasib peserta-pseserta FELCRA yang tanah adalah milik sendiri, rumah adalah rumah sendiri tapi hanya menerima dividen seperti penerima bantuan kebajikan sahaja purata RM200 sebulan)?

Mengapa ini berlaku? Ini yang menyebabkan kebangkitan golongan pelajar dan mahasiswa. Maka lahirlah golongan mahasiswa berhaluan kiri, graduan radikal, setelah timbulnya kesedaran dan keinsafan dalam diri untuk membantu dan memberi pembelaan kepada ibu bapa yang bertahun-tahun ditindas oleh pihak pengurusan FELCRA.

Mengapa kepincangan ini terus berlaku ketika integriti negara berada dalam satu tahap yang boleh dikatakan agak memberangsangkan?

Mengapa tidak dibendung perkara ini daripada terus menular. Kasihanilah masyarakat kampung yang masih berada di bawah paras kemiskinan tegar, yang tiada pendapatan tetap. Janganlah 'diseksa' mereka lagi,kerana dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi itulah, kerajaan BN masih memegang tampuk pemerintahan pada hari ini.

Bukanlah tujuan saya untuk mencari publisiti dengan membuka cerita rekaan semata-mata ,tetapi mewakili suara sebenar PESERTA-PESERTA FELCRA setelah tiada langsung keprihatiann daripada pemimpin-pemimpin setempat mahupun ahli-ahli politik.

Saya merupakan salah seorang anak peserta FELCRA yang berjaya meloloskan diri dari kawasan pedalam tersebut dengan mengorak langkah bermula dengan tangga pertama universiti ini. Terima kasih kerajaan yang menawarkan pelbagai intensif kapada masyarakat luar bandar dalam sektor pendidikan.

Tiada apa lagi yang dapat saya memberi khidmat bakti kepada ibu-bapa dan masyarakat kawasn saya melainkan suara ini untuk memgembalikan hak mereka setelah bertahun-tahun ditindas tersebut.

Kepada Felcra kembalilah kepada teras visi dan matlamat sebenar penubuhan FELCRA untuk membasmi kemiskinan.

No comments: