Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, October 29, 2009
KISAH MEMALI PERLU SEMUA GENERASI KENALI
November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.
Walaupun sudah lebih 24 tahun peristiwa hitam itu berlaku, namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini. Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
1984, Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah2 yang popular pada masa itu. Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah, Ustaz Bunyamin Yaakub(al marhum), Ustaz Latif Muhammad, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj.Mohammad Sabu, Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.
Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah. Beliau kemudian disembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang. Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya. Walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid kampung beliau.
Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat, akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Kisah lanjut : http://dokngangalagi.blogspot.com/2009/10/memalitersemat-dalam-ingatan.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum
Kisah memali ini akan kembali lagi dari satu generasi kesatu generasi akan datang menunggu jawapan dari mastermind yang bertanggungjawab.Jawapan akhirnya akan muncul bagi membersih mereka-mereka yang terkorban oleh mulut-mulut yang bersekongkol dengan pihak ysng bertanggungjawab itu.Sama-samalah kita tunggu.
Post a Comment