Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 9, 2009

KEMUSYKILAN PERINGKAT MAXIMUM !

Kenapa Undi Pos tidak dikira dahulu sebelum pengiraan undi pada PRK dikira?
Undi POS telah dibuat pada 8 Oktobet & 9 Oktober dan Hari Pilihan Raya Bagan Pinang adalah pada 11 Oktober.Kenapa pada 11 Oktober jam 5 petang semua Undi POS dikira dahulu?
Undi Pos Kini Didominasi Oleh Pihak Tentera Dan Polis, Pendedahan Identiti Mempengaruhi Keputusan Pengundi Pos.
Kenapa pihak tentera dan polis mengundi di kem mereka masing-masing (bukan seperti orang ramai) sedangkan mereka tidak meninggalkan Malaysia? "Kini tiada peperangan atau situasi yang tegang berlaku di Malaysia, maka pihak polis dan tentera seharusnya mengundi bersama dengan orang ramai kecuali mereka mempunyai tugas untuk dilaksanakan."

Akta Pilihan Raya 1954 melarang kesemua pegawai, setiausaha dan penterjemah untuk mendapatkan atau mengemukakan maklumat pengundi seperti nombor kad pengenalan pengundi dan nombor siri undi kepada pengundi lain. Selain itu, SPR juga membuat pindaan Akta Pilihan Raya 1981 (prosedur pilihan raya) pada 2006 iaitu menghapuskan nombor siri undi untuk melindungi identiti pengundi. maka dapat dirumuskan prosedur undi pos telah melanggar Akta tersebut dimana Akta itu menyatakan identiti pengundi tidak boleh dikemukakan.

Masalah Yang Wujud Dalam Sistem Undi PosSebanyak 13,664 orang pengundi di Bagan Pinang, daripada jumlah itu, 33.7% ataupun 4,604 orang merupakan pengundi pos.Keputusan pilihan raya tidak akan dipengaruhi oleh undi pos sekiranya sistem undi pos itu dijalankan secara telus dan profesional, walaupun sebanyak mana bilangan pengundi pos yang diwartakan, tetapi sekiranya sistem pengundi pos ini diuruskan secara tidak telus dan tidak profesional, maka ia akan menjejaskan pilihan pengundi pos seterusnya mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Pegawai "Malaysians for Free and Fair Elections" (Mafrel) iaitu Saudara Ong Boon Keong telah mempertikaikan wujudnya masalah dalam sistem undi pos di Malaysia."Salah satu masalah yang wujud dalam sistem pengundi pos di malaysia ialah masa untuk berdaftar menjadi pengundi pos adalah kurang. Hal ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia yang bekerja di rantau asing tidak dapat berdaftar sebagai pengundi pos. Senario ini menjadikan pos undi di Malaysia kini didominasikan oleh Polis dan Tentera."
Nota :
Kebiasaannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai dua cara untuk menjalankan proses pengundian pos, pertama, pos undi akan dikirimkan kepada mereka yang berkenaan dan mereka akan mengirim balik undi tersebut kepada SPR, kedua ialah
pengundi pos akan mengundi di kem tentera dan polis yang ditetapkan oleh SPR.
Akta Pilihan Raya 2003 (Undi Pos) menyatakan pengundi pos adalah mereka yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada hari pilihanraya, pegawai SPR atau pegawai kerajaan atau polis atau tentera yang menjalankan tugas atau berada di luar negara.Ong Boon Keong juga mencadangkan senarai pengundi pos untuk tentera dan polis tidak harus dirujukkan kepada nombor tentera atau polis mereka tetapi sebaliknya harus berdasarkan nombor kad pengenalan mereka (MyKad) supaya tidak wujud kekeliruan disitu.

No comments: