
BN yang suka warna biru nampaknya haru biru dan huru-hara gara-gara Mesyuarat Luarbiasa MCA menghasilkan keputusan luarbiasa.
Apakejadah jika parti komponen BN terbesar ini selepas UMNO menolak Presidennya sendiri.Apakah sumbangan ini akan menghancurkan harapan calon BN di Bagan Pinang?
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA, hari Sabtu membuat keputusan yang dramatik apabila usul menolak kepimpinan Presidennya Datuk Seri Ong Tee Kiat diluluskan dengan perbezaan 14 undi. anakala nasib Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden, EGM berkenaan memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai ahli tetapi tidak mengembalikan jawatan Timbalan kepadanya. Melalui undian usul pertama yang berbunyi bahawa perwakilan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden, seramai 1,155 perwakilan menyokong usul itu manakala 1,141 menolak
No comments:
Post a Comment