Betul, jangan percaya pada Pos Malaysia.
Kalau percaya jugak, anda mempunyai dua pilihan:
1. Ketawa dalam gundah.
2. Menangis puas puas.
Aku memilih option pertama.
Aku sepatutnya menerima satu pos daftar yang dihantar melalui Pos Malaysia.
Penghantar pos itu menggunakan khidmat itu pada Jumaat, 9hb Oktober 2009.
Hari ini, 14hb Oktober 2009.
Jarak antara pejabat penghantar dengan opis aku ialah kira-kira 10km.
Jarak antara pejabat mel Pos Malaysia dan opis aku pula ialah tak sampai 500 meter.
Jumlah hari yang diperlukan untuk menghantar: 3 hari !!
Seronok tak?
Tak? Ok, ini cili untuk kasi pedas.
Aku: Helo cik, selamat tengahari, saya nak check pos daftar sayalah. Kat sini ke saya perlu telefon atau ada pejabat pos lain?
Wanita: (Berbisik seperti dalam kelambu dan aku sedikit teruja.. amboi bestnya suara..huhu). Ya encik boleh check kat sini. Tapi boleh tak encik call balik jam 2.30 petang nanti?
Aku: Errr.. sekarang baru pukul 12 lebih cik. Bukan lunch hour, kenapa tak boleh check sekarang?
Wanita: (masih berbisik) Ohh sekarang kami sedang ada majlis hari raya, dan pegawai bertugas tu sedang mencekik ketupat menghadiri majls hari raya.
Aku: So, tak boleh check lah yek cik?
Wanita: (terus berbisik) Tak boleh encik, sekarang ada majlis hari raya. Encik kena call lepas pukul 2.30 nanti.
Aku: Errr bukan ker Pos Malaysia ni sediakan perkhidmatan 9 sampai 5 petang? Kalau urgent macam mana cik?
Wanita: errr...
Aku: Tak apalah cik, bagi saya nombor lain yang saya boleh check.
Wanita: Ok encik call nombor ni, kat sana encik boleh check.
Aku: What the... (nope, I did not say that).
Kenapa awal awal dia tak terus bagi jek? Kalaupun teruja dengan majlis tu, takyahlah panik.
Aku terus call pusat mel berkenaan. Dan seorang lelaki jawab agak garang. Mesti anak anak lelaki itu jarang balik rumah lewat sebab kalau dengar suara dia dah cukup menggambarkan bapaknya seorang yang garang. Tapi dia passkan kepada seorang lagi brader. Brader kedua amat mesra.
Selepas aku memberikan nombor rujukan, dia meminta nombor telefon aku sebab nak check dulu. Ok.
Sementara tunggu, aku check kat website Pos Malaysia dan laman web itu mempunyai kemudahan tracking, kononnya seperti DHL dan syarikat kurier besar lain.
Empat kali aku konpemkan pada penghantar nombor rujukan PosDaftar itu.
Dan inilah resultnya:
Menggunakan nombor rujukan yang sama mel aku sebenarnya sudah dihantar pada 31 Januari 2009.
And that was 9 months ago ok! Hahaha.. Lawak sungguh.
Dan SUDAH diterima pada 23 Februari 2009 !
Gembiranya aku!
Pos Malaysia memiliki Time Traveling Machine!
Rakan Kepercayaan Anda! Kah kah kah kah. That is so annoying slogan.
Maknanya, jangan percaya pada laman web Pos Malaysia kerana ia salah satu adegan filim Hollywood semata mata.
Manakala, jangan call Pos Malaysia ketika bulan Syawal. Anda yang membayar bagi perkhidmatan mereka PERLU tunggu. Itulah Pos Malaysia. Service tetap primitif seperti usia Pos Malaysia.
Ohh brader Pos Malaysia ada call aku balik dan dia kata posmen on the way. Dan tak sampai sejam, brader posmen pun sampai siap dengan earphone di telinga mengakibatkan dia terpaksa menjerit jerit pada aku suruh aku sign.
"SAIN SAIN.. "
Haha. Best kan Pos Malaysia.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment