Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, October 29, 2009
FAKTA ANAK GAMPANG ATAU ANAK LUAR NIKAH YANG MENAKUTKAN
Pembuangan bayi kebanyakan akan dikaitkan dengan anak luarnikah .Terdapat sedikit sahaja aktiviti buang bayi disebabkan desakan ekonomi atau kemiskinan.
Isu pembuangan bayi,nampak gayanya,masih ramai lagi manusia yang berhatikan binatang yang sanggup membunuh dan membuang bayi atau anak yang baru di lahirkan di merata-rata tempat,ada yang buang dalam parit,tong sampah,dalam kotak,di tanam hidup-hidup.wah..wah.. dah kembali ke zaman Jahiliah pula kita ni..Manusia jenis apakah ini?..Orang lain bukan main susah nak dapatkan Zuriat sampai bertahun-tahun,yang ni dah dapat,buang begitu sahaja..dah macam buang sampah…
Inilah akibat menurut runtunan nafsu yang jahat,bila tak dapat dikawal segalanya terjadi tanpa rasa takut dengan Tuhan apatah lagi dengan pihak berkuasa agama,Pergaulan bebas berlaku di mana-mana,tidak kira yang di namakan orang dewasa ke..orang muda remaja ke…budak-budak sekolah,bahkan pergaulan bebas dikalangan orang tua yang kita harapkan pun lebih kurang banyaknya..apa nak jadi dengan generasai akan datang nanti?
Menurut laporan metro Ahad, temubual kepada mangsa hamil luar nikah,rata-rata mereka mengatakan bermula dengan suka-suka,ye..suka-suka hingga ketagih,apa nak jadi ni..mana maruah yang kita nak jaga pada diri sendiri,ibu bapa,pada bangsa,agama apatah lagi.menangis darah sekalipun pada si mangsa ia takkan mengubah nasib yang di tanggung,dalam temubual dengan si mangsa,hingga sampai nak di gugurkan(bunuhlah tu..)kandungannya,sebab dah tak sanggup menanggung malu dan takut pada keluarga.Dengan Tuhan bagaimana pula ye..?
Menurut data atau statistik yang di kumpul oleh dua buah rumah perlindungan wanita di lembah klang,amalan seks bebas dikalangan remaja sudah berada di tahap zon kritikal yang sangat membimbangkan,Bayangkan, menurut data yang dicatatakan di Lembah Klang sahaja 2,071 kes kehamilan luar nikah dari tahun 1996 sehingga bulan September tahun lepas,ini baru 2 buah rumah perlindungan,ni pun yang dicatatkan.Jika di campurkan yang tak dicatat dan di lapurkan,kemungkinan besar jumlahnya lebih besar.
Bagaimana mahu menghentikan fenomena ini?.
Menurut Pengasas Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja (Kewaja),Yahya Mohamed Yusof,beliau menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula dari pemimpin(Kerajaan),guru,agensi penguatkuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat Negara,seperti yang di laporkan dalam harian Metro.
Sedemikian marilah kita sebagai ibu bapa khasnya,memberi didikan dan pendidikan pada anak-anak kita dengan sebaik-baiknya terutamnya didikan agama pada mereka,Kita tanamkan rasa bertuhan dalam kehidupan anak-anak dan keluarga yang kita sedang bina ini,hanya dengan pendidikan yang mengenalkan Tuhan sahajalah fenomena ini dapat di kurangkan dan di benteras seterusnya dapat di hentikan,Bila takutkan Tuhan secara automatik rasa takut dan gerun hendak melakukan kejahatan dapat di hindarkan.Jadikan tuhan segala-galanya buat kehidupan kita.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Surah al-Tahrim:6
Semoga ada manfaat perkongsian ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment