POS Malaysia Cabul Amanah Yang Diberikan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal apabila dua guni kad ucapan Hari Raya beliau, dijumpai tersadai di sebuah pondok pengawal keselamatan di Bandar Tun Razak. Menurutnya, kad ucapan tersebut sepatutnya diedarkan kepada penduduk Bandar Tun Razak yang juga penyokongnya sebagai tanda ingatan sempena hari raya. Tan Sri Khalid berkata, pihaknya telah menghantar kad-kad tersebut beserta dengan stem dan sepatutnya tiada masalah dalam penghantaran itu. Menurut Tan Sri Khalid lagi, alamat penerima yang diperolehi juga adalah tepat iaitu daripada data pengundi kawasan itu dan pihak Pos Malaysia sepatutnya memaklumkan kepada beliau sekiranya alamat penerima tersebut tidak tepat lapor TVSelangor.
“Perkara ini akan diperhatikan dan kita selidiki, apa alasan pihak pos untuk tidak menghantar surat-surat tersebut, lagipun surat-surat itu sudah distem, maknanya sudah dibayar, sekurang-kurangnya ia akan dihantar kepada orang yang sepatutnya dihantar. Alamat yang diberikan oleh pengundi-pengundi melalui data yang dinyatakan dalam SPR. Dan alamat itu sepatutnya akan sampai ke tangan orang yang dihantar. Kemudian kalau tak sampai, mereka akan maklumkan samada orang itu ada atau tidak.”
-Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
4 comments:
minta mb tukar ketua jabatan pos opis berkenaan. Ni kesalahan MB sendiri yang membiarkan pencacai bn masih duduk dikerusi empuk sekarang tanpa merombak secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang
rakyat selangor:
nak habaq ketua pos bukan bawah kuasa kerajaan negeri..maknaya selangor akan kena anaya lagi lepas ni...nak tukar ketua pos..kita kena ada PM dari PR!!
tau x pe
Salam,
Emmmm.. bertambah lagi nampaknyer Parti KOMPONEN UMNO ni.
Post a Comment