Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 15, 2009

BAYANGKAN EGM UMNO UNTUK UNDIAN PRESIDEN & TIMBALAN ALA MCA

Perhimpunan Agung Khas (EGM) UMNO yang akan bermula hari ini akan menjadi titik tolak untuk melihat perubahan besar yang berlaku kepda parti yang telah mentadbir negara sejak merdeka 52 tahun lalu. EGM yang akan membahaskan pindaan Perlembagaan parti itu, disifatkan sebagai salah satu usaha pembaharuan yang dijanjikan oleh kepimpinan baru UMNO di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden. Malah dengan membentangkan pindaan perlembagaan parti itu, ia dilihat sebagai usaha untuk menjenamakan semula UMNO yang telah pun berusia 63 tahun agar sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi memastikan kelangsungan UMNO.
Namun , jika pengundian dibuat atas moral & rasuah agaknya bagaimana sambutan perwakilan?Jika berani untuk mengubah 'kata-kata Najib : Kita mesti berani berubah'
Perwakilan perlu memilih siapa yang terbaik sepatutnya menjadi Perdana Menteri antara Najib atau Muhyiddin.
Komen : Teman rasa ,jawapannya seandainya perwakilan UMNO seberani perwakilan MCA maka sudah tentu PM & TPM juga kena tendang ,sebabnya kedua-duanya ada masalah moral & rasuah yang sukar diterjemah di Mahkamah.

No comments: