Teman terdengar perbualan semasa di Bagan Pinang semasa penamaan calon pasal perlantikan ketua ATM yang baru.Mereka kata tibalah masa ambil hati Amerika Syarikat dengan ura-ura Malaysia mahu membeli pesawat 'baru' Thunderbirds dan bersekali buat komisyen beli besi buruk katanya.Benarkah begitu.Kebetulan Ketua Angkatan Tentera Malaysia dari TUDM maka mudah dihidu kaitannya,Kalaulah benar seperti telahan itu maka teman rasa janganlah Malaysia melalui PM lakukan lagi,cukuplah besi buruk kapal tentera laut dan besi buruk kapal selam yang dah terbeli.
Pesawat-pesawat Thunderbirds milik Skuadron Pertunjukan Udara Angkatan Tentera Amerika (USAF) melakukan penerbangan formasi berlian (diamond) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Skuadron demonstrasi pertunjukan udara Angkatan Tentera Amerika (USAF), Thunderbirds mempertontonkan persembahan formasi aerobatik dan penerbangan solo mereka yang menarik.
Pertunjukan udara yang menampilkan pesawat Thunderbirds F-16 dan C-17 berlangsung di pangkalan udara TUDM Subang itu mempertontonkan pergerakan aerobatik secara solo dan lagak ngeri dengan menggunakan jet-jet terkini.
Terdahulu, Kedutaan Amerika mengumumkan tentang lawatan USAF Thunderbirds ke Kuala Lumpur dengan kerjasama TUDM.
Menurut kenyataan itu, pasukan aerobatik RMAF Sukhoi juga mempertontonkan kehebatan mereka dalam pertunjukkan sehari itu, dan orang ramai boleh menontonnya secara percuma.
Thunderbirds yang berpangkalan di Nellis Air Force Base, Las Vegas, Nevada, sentiasa mengadakan pertunjukkan mereka di Amerika dan serata dunia.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
F5E sudah usang. Teknologinya sudah ketinggalan zaman. Di samping itu ada ura-ura untuk menggantikan pesawat MiG29. Jumlah kedua-duanya ialah di sekitar 30 unit. Cadangan terkini ialah untuk menambah bilangan itu dengan lebih banyak SU30 dan F/A 18 namun sukar untuk mendapat F/A 18 terpakai. Membeli F/A 18 baru ialah langkah kebelakang kerana ia menggunakan rekabentuk tahun 70'an. Cadangan lain ialah dengan menambah bilangan itu dengan SU30 dan SAAB Grippen. SAAB Grippen lama kelamaan akan menjadi usang teknologinya. Yang ditunggu-tunggu ialah SAAB Grippen NG yang mengambil masa lagi 2 tahun untuk dikeluarkan. F16 atau baru terpakai ialah satu alternatif kepada F5E dan MiG29
Post a Comment