Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 4, 2009

ANTARA POLITIK WANG ADALAH RASUAH DAN RASUAH ADALAH POLITIK WANG

Semuanya adalah gara-gara UMNO/Kerajaan BN selewengkan makna rasuah dalam parti UMNO agar rakyat tidak anggap politik wang bukan jenayah atau bukan rasuah.
Rakyat patut faham bahawa projek masjid baru setahun,bangunan kerajaan baru setahun dibina dan jalanraya atau lebuhraya rosak baru setahun adalah disebabkan RASUAH.

Politik wang juga adalah rasuah,duit bawah meja juga rasuah.Kenapa kita kaitkan stadium Terengganu runtuh sebab kontrak telah beralih 2 atau 3 subcon maka untung main kecik.Kontraktor terakhir akan buat ikut cucup-cukup agar dia dapat untung sikit.Kontraktor itu akan beli ikut bajet yg diterima ,maka ngam-ngam lah bahan yang dibeli.
Itu pasal banyak kes kerosakan bangunan berlaku seperti kerosakan atap bangunan parlimen,bangunan mahkamah dan masjid srta stadium di Terengganu.
Selepas tiga bulan retak, bumbung Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman, semalam.
Seorang daripada mereka, Marzuki Nordin cedera parah di kepala manakala dua lagi cedera ringan.
Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika ketiga-tiga pekerja dari Aceh itu membaiki bumbung hadapan masjid itu yang siap dibina tahun lalu dengan kos RM2.1 juta.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga mangsa dihempap hampir keseluruhan bahagian bumbung hadapan masjid itu ketika baru memulakan kerja. –

No comments: