Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 2, 2009

AKARUMBI UMNO TEMPELAK PERLAKUAN TAMAK & PENGURUSAN LEMAH KERAJAAN UMNO/BN

"Nama Malaysia sendiri dipermain-mainkan dengan panggilan "Malingsia" iaitu negara pencuri kerana kita ditubuh mencuri adat dan budaya mereka"

Salam sejahtera Tuan Syed,

Sebenar salah kita jugak..Samada secara rasmi atau pun mengikut pintu belakang (legal and illegal) kita "benarkan" lebih kurang 3 juta golongan muda Indonesia memasuki negara kita (jumlah mereka lebih daripada jumlah keseluruhan anggota UMNO). Sangka kita, kemasukan beramai-ramai ini akan memberikan kelebihan atau pun advantage dan dalam pada itu dapat "mengawal" kebangkitan kaum bukan majoriti TETAPI sangkaan tersebut nyata meleset dan akhirnya menjadi seperti kata pepatah "SENJATA MAKAN TUAN".

Sudahlah banyak peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kecil-kecil rakyat tempatan dirampas secara indirect oleh mereka, sumbangan mereka terhadap JENAYAH BERAT pula begitu berleluasa sehingga mereka begitu berani melakukan rompakan bukan sahaja ke atas rakyat biasa tetapi sehingga ke rumah VIP seperti Menteri dan juga Pegawai Polis DAN sekarang mereka sudah naik ke satu tahap lagi dengan memberontak dan mengancam keselamatan rakyat kita sendiri gara-gara isu tarian pendet, lagu negaraku. Bukankah ianya seperti "Melepaskan Anjing Tersepit" sekarang kita pula digigitnya...... Madu kita beri, tuba pula dibalas.

Inilah akibatnya ataupun balasan daripada perbuatan kita yang menganaktirikan rakyat kita sendiri hanya kerana mereka adalah minoriti dan berbeza fahaman politik.

Saya harap kepada pihak-pihak yang berkenaan... Segeralah perbetulkan kesilapan kita sebelum nasi jadi bubur dengan melayan seluruhan rakyat kita sama rata tanpa mengira parti atau pun fahaman politik mereka, kaum, agama dan lain-lain perbezaan KERANA sekiranya sesuatu yang tidak diingini melanda negara kita, maka mereka inilah rakyat-rakyat kita yang akan menitiskan darah mereka demi pertahankan maruah negara kerana inilah satu-satunya negara tanah tumpah mereka.

Komen Teman : Di harap pihak Indonesia dan rakyatnya akan dapat melihat makna 'Kita Serumpun' atau 'Kita saudara seIslam' sering berada dalam fikiran pemimpin Malaysia & rakyatnya sekali.Kita lebih rakyat semua kepulauan di Indonesia dapat dekat di hati rakyat Malaysia sebagaimana dekatnya dengan saudara di Palembang, Minangkabau, Riau dan Aceh.

No comments: