Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 9, 2009

9 LAPORAN KEGANASAN UMNO/BN DI BAGAN PINANG



Semalam setakat teman tau semasa di Bagan Pinang terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.
'Samseng UMNO' ini dipercayai dan disahkan oleh penyokong India yang sebelum ini biasa minum boleh cam dari bau mulut sipenyerang.Memang mudah berlaku liar atau samseng bila mabuk termasuk melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dengan menahan beberapa buah kereta yang mereka lihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS.Ada yang sampai membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.
Pengalaman bersama kontigen Selangor yang baru sampai jam 2 pagi amat menggemparkan.Sedang kami baru nak merehatkan diri tiba-tiba jam lebihkkurang 3.30 pagi 8 Oktober kami dikejutkan dan diarah beramai-ramai memberi bantuan terus ke Telok Kemang kerana ada laporan penyerangan UMNO ke atas penyokong/petugas Pakatan PAS termasuk merosakkan kereta-kereta ahli PAS.
Teman dengan 6 buah kereta terus ke sana di markas utama yang lebihkurang 100 meter dari RISTEC atau tempat penginapaan Badan Berkanun RISDA.Di sana ramai petugas dan kontigen lain hadir cuba memberi bantuan sekiranya polis tidak mengambil tugas dantanggungjawab mereka.

"Ramai orang-orang yang berada di sana dan tempat kejadian rasa hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis?

No comments: