Ekoran kes "kepala Lembu" dan "pindah kuil" di Shah Alam Selangor maka bencana pada calon BN akan jatuh menimpa ISA.
“Jika pada PRU lalu masyarakat India dikatakan 70 peratus mengundi calon PAS, selepas peristiwa ini saya percaya sokongan kaum India mungkin meningkat hingga 90 peratus.
"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan bayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)
Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.
“Tragedi mengarak dan menyepak kepala lembu di Shah Alam itu membuatkan kaum India sangat marah kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada agama. Saya fikir kesannya boleh mengalahkan Umno-BN pada PRK Bagan Pinang nanti. Suara Makkal Sakti akan berkumandang di sana
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment