Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 15, 2009

STATUS UNDI POS KEKAL ,SPR HILANG AKAL

Segalanya telah terjawab, penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober depan manakala pengundian pula ditetapkan pada 11 Oktober 2009. Namun, Pakatan Rakyat telah melepaskan ‘serangan bom’ pertama berhubung dengan isu pengundi pos berjumlah 4,604 yang dituntut agar mengundi pada hari yang sama dengan pengundi berdaftar lainnya kerana mendakwa wujudnya penipuan dalam proses undian secara pos. Semasa mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian DUN Bagan Pinang, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang diajukan persoalan berkenaan menegaskan, pengundi pos yang berdaftar tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana amalan biasa. Ini bermakna SPR tetap akan meneruskan sistem undi pos dan tidak akan mengubah sistem itu seperti yang dituntut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ini sahajakah cara BN cuba memenangi PRK?

No comments: