Pesanan Ustaz Yusuf Embong puasalah 6 hari dalam bulan Syawal .....puasa jangan tak puasa! Wahai pejuang Islam.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jom kita pakat-pakat puasa sunat bulan syawwal iaitu 6 hari.
Kita semua selaku pejuang Islam kena puasa.
Mana boleh tak puasa?
Puasa sunat 6 hari syawwal tu sunnah Nabi saw,
Nabi saw tu kan ikutan kita.
Kita berjuang pun ikut RasuluLlah saw.
PUASA ENAM SYAWWAL mesti berturut-turut???
Sabda Nabi saw;من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
1)Soalan : Adakah kita dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan(Hari Raya ke 2)?
2)Soalan: Adakah puasa 6 syawwal mesti dilakukan berturut-turut 6 hari?
3)Soalan: Adakah boleh diniatkan sekali puasa Qada’ Ramadhan dan puasa 6?
Para ulamak berbeza pendapat. Professor Dr Yusuf al-Qardawy berpendapat bahawa puasa 6 itu boleh ditunaikan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal. Begitujuga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa. (Sumber:Islamonline.net)
Mengikut Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dalam blognya
http://fiqh-am.blogspot.com/search?q=puasa+sunat >
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment