Perutusan PJ PAS SABAH sempena Hari Kebangsaan ke 52
Sempena dengan Hari Kebangsaan Kali Ke –52 pada tahun ini,saya dan saf pimpinan PAS Sabah ingin mengajak seluruh rakyat Sabah supaya mengambil perhatian yang serius berhubung dengan hari yang bersejarah ini. Hari yang bersejarah ini jangan hanya sekadar disambut tanpa sebarang nilai dan perubahan kepada senario masa depan negara.
Kita semua sedar dan mengetahui bahawa untuk mendapatkan kemerdekaan adalah sukar tetapi sukar lagi untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan itu. Untuk rakyat Sabah adakah selama ini kita merasakan diri kita telah merdeka? Merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Merdeka dari segi pemikiran,sikap,dan tindakan dalam apajua perlakuan atau norma-norma kehidupan sama ada dari sudut sosial,ekonomi,budaya dan politik.
Rakyat yang merdeka ialah rakyat yang memiliki jiwa merdeka dan berupaya untuk membuat perubahan bagi memastikan status dan khazanah negara dapat diurus tadbir dengan telus dan bertanggungjawap. Rakyat yang merdeka ialah rakyat yang berani untuk membuat perubahan demi perubahan bagi memastikan kelangsungan negara sentiasa berdaulat dan dihormati.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara mutahir ini,wajar direnungi dan difikirkan. Antaranya Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA dikasari secara zalim oleh anggota FRU, Akta zalim ISA masih diguna pakai dalam negara yang merdeka,SPRM yang tidak telus menjadikan dan menjalankan tugas secara berpilih-pilih,ruang demokrasi yang sentiasa dicabulli,isu arak dan pembinaan rumah ibadah yang dibuat liputan secara tidak adil,isu kekurangan gula dan kenaikan harga barangan dalam negara serta masalah sosial yang sentiasa bertali arus.
Sudah 52 tahun, negara kita merdeka,adakah kita belum berupaya untuk berfikir secara merdeka, bagi menilai pretasi pentadbiran kerajaan BN selama ini. Adakah kita sanggup melihat “Bahtera Malaysia” tenggelam dan karam akibat kecuaian dan kealpaan kita sendiri dalam memberi mandat pihak manakah yang wajar mentadbir negara.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita menjernihkan rohani,jiwa dan pemikiran kita seiring dengan maksud Hadis Nabi ” Mencintai watan/tanah,satu cabang daripada keimanan “. Semoga seluruh rakyat khususnya rakyat Sabah menginsafi tanggungjawab sebagai rakyat yang merdeka dan berani untuk membuat perubahan bagi memastikan kelangsungan negara yang berdaulat dan bermaruah. Marilah kita seia sekata,seiring sejalan,bersama-sama dengan PAKATAN RAKYAT bagi mencorakkan bumi MALAYSIA yang lebih berintegriti,bermaruah dan berdaulat.
“PAS UNTUK SEMUA”
Sekian,wassalam.
Tuan Haji Mohamad Abdullah
Pesuruhjaya,PAS
Negeri Sabah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment