Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, September 13, 2009

MUNGKINKAH BN/UMNO AKAN BERAYA SAKAN DI BAGAN PINANG?

Tahun 2009 memang betul-betul musim Pilihan Raya di mana bermulanya dari Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihanraya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau dan DUN batang Ai pada bulan April, 2009, DUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).
Cuma sebab SPR guna kuasa veto tak sahnya maka pilihanraya kecil 3 DUN di Perak, Behrang, Changkat Jering dan Jelapang terhalang.DUN Lunas dan Kota Siputeh lagi PRK yang tak jadi bila kuasa SPR melebihi kuasa speaker digunakan.Kalau tidak jumlah pilihanraya kecil sudah pasti menjadi 12 PRK.
Baru lega BN dapat nafikan PRK di Kota Siputeh tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-galanya muncul PRK Bagan Pinang pula terpaksa dilalui mereka(BN/UMNO) walaupun DUn tersebut kubu kuat mereka.Itu pun melalui Undi Pos macam talian hayat PM semasa di Parlimen Pekan.
Pilihanraya kecil yang ke-9 ini menarik kerana berlaku dinegeri 9.

No comments: