Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 3, 2009

MENTERI DALAM NEGERI YANG JAGA PENYOKONG SENDIRI

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dituntut oleh Exco Selangor Xavier Jeyakiumar agar meletakkan jawatan dari Kabinet selepas beliau di dapati menggunakan kuasanya mencampuri siasatan polis keatas tunjuk perasaan provokasi 'kepala lembu' minggu lalu.
Beliau menyelar Naib Presiden Umno itu kerana mencampuri siasatan polis dengan bertemu suspek-suspek yang menganjurkan provokasi agama itu. Selepas pertemuan tersebut, Menteri Dalam Negeri itu berkata penganjur tidak perlu dihukum sekiranya semua pihak bertolak-ansur dalam menyelesaikan isu ini.
"Kita mahu beliau turun atau dipecat dari jawatannya kerana beliau telah memecahkan amanah yang di berikan rakyat," kata Jayakumar.
Beliau menambah Hishamuddin telah bertemu sekumpulan individu yang tidak menghormati rakyat Malaysia lainnya, bahkan mempertahankan mereka, lupa akan tanggungjawabnya selaku menteri untuk semua rakyat.
"Bolehkah kita terima seseorang yang tidak menghormati rakyat Malaysia lainnya, dan masih dalam siasatan, nasibnya diputuskan oleh seorang menteri?" soal Jayakumar.
"Sekarang semua pencuri, pembunuh, perogol, pegawai-pegawai rasuah dan mana-mana penyangak boleh bertemu Hishamuddin sebelum Peguam Negara menentukan pendakwaan terhadap mereka," sindir Jayakumar lagi.
Beliau menambah Hishamuddin telah menghunus keris, menahan peguam-peguam yang mahu membantu tahanan, mencipta rekod baru dengan menahan 580 orang kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini membela gerombolan manusia yang menghasut perbalahan kaum dan mahu bermandi darah.

No comments: