Teman pun risau sungguh jika Ketua Polis yang rakyat Malaysia sayangi dan dihormati dilaporkan bersubahat atau berkawan atau bergeng atau kautim orang kata dengan penjenayah gangster.DS Anwar dan YB Mahfuz dan membuat kenyataan akhbar agar Ketua Polis Negara perlu disiasat bukan disambung kontraknya.UMNO ini pelik , jika orang yang teruk lagi bertambah teruk itulah pilihan mereka.Lihatlah barisan menteri yang dipilihnya.
Bagaimanan kes Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gangster. Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.
Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka. Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadangan untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadangan untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.
Dakwaan Ketua Polis Negara Musa Hassan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap kini diperkuatkan lagi dengan kemunculan satu lagi akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa sendiri.
Akuan Bersumpah oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa itu didedahkan menerusi blog Malaysia Today.
Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akaun bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap.
Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun bersumpah terbaru oleh seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi mengelak sistem kepolisan negara menjadi bobrok dan porak-peranda.
"Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau kita bertolak ansur, maka keyakinan rakyat terhadap institusi polis, akan terhakis lagi sedangkan ramai anggota polis bersikap profesional dengan prestasi membanggakan," kata Anwar.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment