Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 1, 2009

JOM KE MASJID RRI SG BULUH BERTARAWIKH DAN JANGAN LUPA BAWA TALI TAPE

Teman mengajak sesiapa sahaja terutama kaum UMNO yang sedang melanyak Negeri Pakatan rakyat agar bertarawih di Masjid RRI bagi mengambil iktibbar dan membandingkan jarak masjid dengan kuil di sini berbanding kuil yang baru dicadangkan di seksyen 23
Masjid RRI Sungai Buloh adalah masjid terdekat bagi saya untuk mengerjakan solat Jumaat ataupun apa2 solat berjemaah. Malahan, saya banyak kali juga bersolat tarawih di Masjid RRI Sungai Buloh. Yang menjadikan masjid ini unik adalah kedudukan masjid ini yang bersebelahan sebuah kuil hindu.
Sesiapa sahaja yang pernah bersolat di Masjid RRI Sungai Buloh akan pasti melihat keunikan masjid ini kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu. Dan, yang lebih menarik lagi adalah masjid ini bebas mengumandangkan azan, iqamat dan kuliah agama melalui corong pembesar suara tanpa apa2 halangan dan masaalah, sepanjang yang saya tahu.
Sepanjang yang saya tahu juga masjid ini sudah berkedudukan sebegini semenjak bertahun-tahun yang lampau dan selama itu, Selangor berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional/UMNO.
Soalnya sekarang, mengapa UMNO Selangor tidak menjadikan kedudukan masjid tersebut sebagai isu? MEngapa surau Al Jannah (bukan masjid) yang akan terletak 120m dari tapak kuil baru itu pula dijadikan isu oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO Melayu yang pro UMNO?
Memang Dalang Sebenar Kes Ini Adalah UMNO
Kalau betul-betul ikhlas memperjuangkan kedudukan surau dan masjid, maka diminta perjuangkan dahulu masjid RRI Sungai Buloh yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu?
Di sini jelas kepada kita, bahawa isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 adalah MAINAN UMNO SEMATA-MATA. Kalau mengikut maklumat yang saya dapat, dalang penghasut nombor satu adalah Pengerusi Persatuan Penduduk di situ bernama Cikgu Zainuddin.
Biasanya, pengerusi2 persatuan penduduk adalah UMNO kerana mereka ini menjadi pengerusi sejak dari zaman UMNO memerintah lagi. Tak hairanlah Cikgu Zainuddin ini menjadi hero dalam menghasut penduduk setempat menentang idea pemindahan kuil ini.
Malah, saya mendapat maklumat Cikgu Zainuddin ini juga sedang merebut kedudukan sebagai Pengerusi Surau Al Jannah Seksyen 23 itu. Itulah juga sebabnya Pengerusi Surau Al Jannah yang ada sekarang turut dimaki dan dipersalahkan.
Bagi saya, UMNO adalah satu wabak penyakit dan kita tidak harus mempercayai mereka dalam apa-apa perkara. Mereka dilatih untuk berbohong dan menipu. Kita tidak boleh mengikut cakap2 mereka kerana mereka kuak menipu.

No comments: