Teman pun rasa gelihati,bila MCA ubah keputusan macam ubah wang haram sahaja.Adakah patut Timbalan MCA yang telah dipecat boleh ditukar keputusan dari dipecat kepada digantung? Pada hemat teman 2 X 5 sahaja bunyinya.Semuanya memang tak menjadi bila kes moral dipandang sepi semasa pemilihan Timbalan Presiden MCA dahulu.
ini MENAKUTKAN DAN MENGEJUT BERUKKAN UMNO/BN bila dilaporkan mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut.
Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan.
Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.
Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00.
Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan.
Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment