Kahar Yahaya pengamal ajaran sesat telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi tadi.
Di bawah ini antara dialog dan jawapan Kahar yang meragukan dan teman kira jawapannya memang kurang ajar bagi yang tidak sabar atau tidak tahan mendengar jawapan beliau(Kahar).
Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.
Saolan : Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.
S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan)
S: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?
J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi… saya buat ikut sunnah dan al-Quran.
S: Macam mana haji sembahyang?
J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.
S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.
S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
6 comments:
Salam Sahabat,
Rasul Melayu sesat ini boleh diperangi sebagaimana Saidina Abu Bakar memerangi Musailamah al-Kazzab yang mengaku Nabi serta pengikutnya.
Masalahnya nya kerajaan UBN lebih dahsyat jugak dari segi kesesatan, indirectly berlagak seperti tuhan.
Letak puntung api rokok kat 'telor'nya. Kalau betul dia nabi mesti tak ada halnya.
Salam...
Al-Quran terang-terangan menyatakan Muhammad itu penutup segala nabi.
Orang yang mengaku dirinya sebagai Rasul sesudah Muhammad tentunya sesat lagi menyesatkan....
rasul perokok tegar ???
Klu rokok tu nikmat apsal tak isap ganja je hj kahar oiii..
ini hukum dia pancung je...standard2 qadyani je ni
pancungkan saja..!
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
Apa bezanya dengan PAS? Jadi pengikut bleh masuk syurga...
Post a Comment