Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 22, 2009

BERUNTUNGNYA FELDA DITADBIR TEKNOKRAT RAJA MUHAMAD ALIAS, RUGINYA DITADBIR PENGERUSI POLITIK

SELAMAT HARI RAYA EIDUILFITRI
Benarkah FELDA dimartabatkan? Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat dan pengorbanan mereka yang terdahulu membangunkan Felda sehingga ia menjadi tersohor di persada dunia akan terus dipegang dan diikuti.Seharusnya Teknokrat Raja Muhammad Alias diganti dengan teknokrat baru dan lebih muda untuk membawa FELDA lebih maju dari segi minda dan harta, dari segi mental dan fizikal sera fikiran tertutup kepada fikiran terbuka.
Lihat bukti apa yang terjadi kepada RISDA yang sentiasa dipengerusikan oleh politik sehingga kini .Pada hal RISDA sepatutnya kaya dari FELDA tetapi sekarang padang permainan atau Dewan badminton pun kena sewa apatah lagi padang bola sepak.
Tindakan FELDA melantik Yusuf NOr sebagai pengerusi FELDA adlah langkah ke belakang.
Menurut Perdana Menteri, walaupun ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah meninggal dunia dan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali telah bersara, namun perjuangan untuk memartabatkan Felda akan tetap diteruskan.
Menurut beliau, Felda yang bermula dengan penuh kepayahan di Lurah Bilut, Pahang pada 1956 sehingga berjaya melebarkan sayapnya ke serata dunia dan menjadi konglomerat tersohor adalah kerana semangat juang tinggi pemimpin dan peneraju yang tidak pernah mengenal penat lelah.
Najib berkata demikian dalam ucapan sempena pelancaran buku ‘Raja Muhammad Alias The Architect Of Felda’ di Dewan Perdana Felda di sini malam ini. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta Raja Muhammad Alias dan isteri, Puan Sri Hafsah Yusof.
Buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu ditulis oleh Dr. Rokiah Talib iaitu karyawan tamu di universiti itu.
Menyentuh mengenai Raja Muhammad Alias, Perdana Menteri memberitahu, beliau layak dianggap sebagai pemimpin teknokrat ikonik yang telah berjaya membawa Felda ke tempatnya sekarang.
Bagi Najib, Raja Muhammad Alias bukan setakat arkitek tetapi boleh dianggap sebagai kontraktor atau orang yang telah berjaya melakukan pelaksanaan Felda sehingga ke peringkat akar umbi.
Jelas beliau, memang diakui ayahandanya mempunyai wawasan dan komitmen tinggi terhadap Felda tetapi akan menjadi sia-sia jika tidak diterjemahkan sebaik mungkin.
Dalam hal itu jelasnya, Raja Muhammad Alias telah berjaya menterjemahkan wawasan itu menjadi kenyataan.
“Saya secara peribadi amat terharu dan berbangga diberikan peluang melancarkan buku ini kerana hubungan antara ayahanda dan Raja Muhammad Alias amat rapat.
“Saya telah saksikan perkara ini sejak saya kecil lagi, nama Felda amat sinonim dengan Tun Abdul Razak dan Raja Muhammad Alias,” katanya.

No comments: