Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 25, 2009

BARANG & PETROL& TOL BOLEH NAIK ,GAJI CAMNER?

Tanpa gaji yang lebih tinggi ,Tun Dr Mahathir berkata Ekonomi negara tidak akan mampu berkembang dengan lebih pesat jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia tetap seperti sekarang, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan.
Pandangan Tun ada kebenarannya, kita lihat sahaja bagaimana Singapura memberi gaji kepada pekerja-pekerja kilang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terutama di negeri Johor lebih suka bekerja di Singapura.
Sekiranya sektor pekerjaan di Malaysia menawarkan gaji yang lumayan dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh majikan, teman rasa Malaysia tidak memerlukan tenaga kerja dari Negara asing.
Kebanyakan sektor perkilangan dalam Negara menawarkan gaji yang tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa menyebabkan rakyat Malaysia kurang berminat untuk bekerja. Majikan-majikan lebih menumpukan kepada pekerja asing untuk mendapat keuntungan lebih dengan bayaran upah kerja yang rendah.
Kerajaan perlu memikirkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja apabila majikan dapat memberi bayaran gaji yang setimpal kepada pekerja, dengan cara itu tidak secara langsung pekerja juga akan setia kepada syarikat di mana mereka bekerja dan secara tidak langsung mereka akan menyumbang kepada kemajuan negara.

Malaysia tidak boleh lagi beranggapan dengan kos buruh yang rendah untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Negara Singapura contohnya, masih juga sebagai sebuah Negara pengeluar yang maju walau pun kos buruh yang tinggi berdasarkan kualiti barangan keluarannya.
Malaysia sudah terlalu banyak mengeluarkan pekerja-perkerja mahir melalui pusat-pusat latihan vokasional yang disediakan kerajaan, tetapi tidak dapat dimanfaatkan di dalam Negara sendiri kerana kadar upah kerja yang rendah.
Teman ambil contoh ladang-ladang milik FELDA Plantation, sekiranya pihak majikan menyediakan upah kerja yang setimpal dengan kemudahan tempat kediaman, potongan KWSP dan pelindungan pekerja, kawan rasa anak-anak peneroka akan berminat untuk menjadi pekerja ladang dan tidak secara lansung keperluan tenaga pekerja dari Indonesia dan Bangladesh dapat diatasi.
Rakyat Malaysia mempunyai kebolehan dalam semua bidang, kerajaan perlu memberi sokongan untuk meningkatkan pendapatan mereka setimpal dengan kemajuan Negara supaya mereka tidak mencari jalan keluar.
Akhirnya, Malaysia bukan sahaja menghadapi pelarian pekerja-pekerja mahir, malah menghadapi pengangguran serta limpahan pekerja asing yang tidak mahir dan bermutu seterusnya menghadapi gejala sosial yang ketara bukan sahaja dari rakyat Malaysia malah dari pekerja-pekerja asing juga.
berkata Ekonomi negara akan mampu berkembang dengan lebih pesat lagi jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia daggi, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan.
Pandangan Tun ada kebenarannya, kita lihat sahaja bagaimana Singapura memberi gaji kepada pekerja-pekerja kilang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terutama di negeri Johor lebih suka bekerja di Singapura.

1 comment:

Anonymous said...

pernah aku berborak dengan seorang cina yang pernah bekerja secara haram di england, kerjanya pandu excavator,gajinya setahun cukup untuk beli rumah di malaysia tunai dan berehat untuk setahun,bayangkan lah..
dan di malaysia masih ada lagi syarikat yang menawarkan AD KERJA ADA GAJI