Secara umumnya, gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus berpaksikan kepada tiga iaitu, pertama, aktiviti -- kegiatan yang diadakan bagi memenuhi keperluan sesuatu kelompok tertentu. Sebagai contoh, perlawanan futsal atau bowling, mendaki gunung atau pengembaraan.
Kedua, ialah bakti -- sesuatu kegiatan yang bersifat sumbangan kepada masyarakat. Contoh: gotong-royong membersihkan taman perumahan, mengutip derma untuk fakir miskin atau membantu keluarga yang susah.
Dan ketiga ialah advokasi -- suatu perjuangan yang dipandu oleh idealisme. Contoh advokasi ialah perjuangan hak asasi, memperjuangkan alam sekitar yang bersih dan membela sesuatu kelompok masyarakat. Advokasi boleh berbentuk program, kempen atau pun paling kurang membuat kenyataan sama ada di media tradisional atau di media baru.
Sementara aktiviti dan bakti membantu mendekatkan pemimpin politik dan pengundi, mereka juga harus menekankan elemen advokasi.
Bagaimanakah melakukan advokasi?
Advokasi bertitik-tolak dari idealisme. Berpandukan idealisme itu, seseorang emimpin melakukan advokasi.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan semua tindakan Pemuda PAS, cuba kita lihat bagaimana ia melakukan advokasi. Ambil isu arak. Pemuda PAS mengatakan mereka akan membuat garis panduan penjualan arak untuk negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Menteri Besar Kedah yang "cenge" berkata, Pemuda PAS tak ada hak mencampuri urusan kerajaan negeri.
Tak mengapa. Apa yang diucapkan oleh Dato' Seri Azizan Abd Razak itu tak penting. Apa yang penting ialah Pemuda PAS berjaya menunjukkan bahawa mereka melakukan advokasi -- memperjuangkan sesuatu yang mereka percaya sebagai betul.
Dalam konteks ini, pemimpin-pemimpin UMNO terutama sekali pada peringkat bahagian dan cawangan harus bertanya apakah advokasi yang mereka lakukan. Adakah mereka pernah membantah atau membawa suara rakyat kepada kerajaan sama ada di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Sekiranya ia ditolak, adakah mereka berdiam diri atau mengambil pendekatan alternatif?
Sesetengah pemimpin politik menjawab, kami lebih suka bekerja di belakang tabir dan tidak mahu membuat bising. Betul pandangan itu, tetapi bukan dalam semua isu. Dalam era politik baru ini, masyarakat inginkan sesuatu isu diuruskan secara telus. Rakyat mahu pemimpin politik bukan sekadar memperjuangkan isu mereka, tetapi juga dilihat memperjuangan isu-isu tersebut.
Berbalik kepada perbualan dengan rakan tadi, saya katakan bahawa UMNO harus melakukan aktiviti, bakti dan advokasi secara seiringan bagi memenangi hati rakyat.
Dia mengangguk. Saya beranggapan dia faham dan setuju.
Tiba-tiba dia berkata, "Susah juga kalau kita vokal sangat. Nanti orang tak suka. Dulu saya buat blog, dah tu kena hentam dengan kawan-kawan yang tak setuju dengan pandangan saya. Apabila saya mengkritik sikit, ramai orang masam muka."
Aha, sekarang saya faham mengapakah sesetengah pemimpin politik tidak mahu menegur kerajaan secara terbuka. Dan, saya juga semakin faham mengapakah dia suka sangat menganjurkan poco-poco!
Komen luar : saya setuju konsep advokasi. Bagi saya ada 2 jenis advokasi.
Pertama, advokasi perkara yang harus dibuat. Seperti memecat mereka yang terlibat rasuah. Memastikan semua agensi kerajaan buat kerja betul-betul untuk rakyat; contohnya mengurus trafik dengan lebih baik, kutipan sampah lebih sistematik, penguatkuasaan undang-undang jalanraya/kebersihan lebih agresif, kawalan sempadan lebih ketat, pencegahan jenayah lebih agresif.
Kedua, advokasi perkara yang tidak harus dibuat/diberhentikan. Contohnya, pastikan tiada lagi projek tertangguh, terbengkalai, runtuh separuh jalan. Tiada pembalakan haram, pencemaran alam sekitar, pembangunan di kawasan yang sudah padat penduduk, banjir. Tiada pembaziran untuk projek syiok sendiri, seperti program pelancongan angkasa lepas, bawak mat rempit jalan-jalan makan angin, buat bendera terbesar, satay terpanjang, cucur udang paling banyak udang, etc. Tiada pendatang haram Indon, GRO China, mamat Africa merayau tak tentu hala.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment