Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 6, 2009

YB SABAH ALA ANAK EMAS ...TAK PERLU TUNJUK KPI DAH NAIK GAJI RM2,000

YB dan Menteri Sabah yang dermawan. Ramai 'pesakit luar' berjumpa setiap hari di pejabat dan rumahnya. Gaji dah naik, elaun pesakit luar kena naiklah Datuk. Muka depan semua akhbar tempatan Sabah hari ini menyiarkan kegembiraan sebahagian besar ADUN negeri Sabah kerana gaji naik RM2000. Dikhabarkan suasana Dewan Undangan Negeri benar-benar ceria setelah bil berkenaan diluluskan.

Ada YB yang terus telepon Fook Loi, agent jual Ninja dan Mercedes baru di Likas, Kota Kinabalu. Entah betul atau tidak, kita tak pula tanya Datuk Chris, pemilik Fook Loi Sdn. Bhd.

Saya tertarik dengan kenyataan beberapa orang YB yang gaji naik tu. Mereka kata dengan kenaikan gaji tu maka mereka dapatlah berkhidmat lebih baik kepada rakyat.

Dapat memberi derma dan bantuan. Maklumlah tidak lama lagi bulan puasa dan hari raya. Kalau tak naikkan gaji YB, nak bantu siapa lagi? YB-YB di Sabah tidak seperti YB di negeri lain. YB Sabah bukan setakat urus projek pembangunan. Mereka juga sumber dapat duit untuk anak bertunang, anak kahwin, anak ke universiti, orang sakit atau meninggal dunia dan macam-macam lagilah.

Budaya ini telah bermula sejak zaman kuda makan tembaga lagi. Sejak zaman tun Mustapha, rakyat dah dibiasakan meminta bantuan YB. Tapi sekarang YB Sabah tidak lagi kaya raya macam dulu-dulu. Zaman kuda makan rumput ini YB Sabah harap gaji saja. Ada YB yang buka dompet dan letak atas meja kalau rakyat jumpa walau sebenarnya dia berjawatan menteri.

Baru-baru ini saya jumpa seorang YB bertaraf menteri. Dah 4 penggal jadi YB. Dua penggal jadi menteri. Kami pun kenal baik. Ada hubungan saudara pulak tu. Dalam UMNO ada jawatan sebagai Bendahari Negeri. Saya minta sedikit derma untuk melancarkan NGO di Sabah. Saya kata KM dah setuju.

Mulanya temu janji tunggu sampai jam 5 petang. Kali kedua enggan berjumpa tapi..? Terima kasih banyak-banyak dengan menteri UMNO kerana kerana kirim melalui pegawai perhubungan dalam envelope yang diserah di depan orang ramai sebanyak RM500. Mereka nak memalukan saya dan menganggap aktivis seperti saya tidak beza seperti 'pesakit luar' hospital kerajaan.

Maaf cakaplah. Pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama dan angkuh seperti ini perlulah diganti dengan orang lain. Memang mereka telah berjasa tetapi cukup tu cukuplah. Ada pemimpin muda yang masih bersemangat mempertahan UMNO dan BN dan bersedia membantu golongan NGO yang menyokong kerajaan.

Menteri itu nak buat apa dengan gaji tambahan 2000? Harap dengan tambahan gaji ini KPI meningkat kerana lebih ramai pesakit luar dapat ubat yang baik. slogan 'rakyat didahulukan. pencapaian diutamakan' benar-benar diamalkan di Sabah kerana kenaikkan gaji itu telah menguntungkan rakyat. fikir-fikirkanlah!

No comments: