Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 18, 2009

UMNO PADANG SERAI TERCUNGAP KELEMASAN PERLU PERTOLONGAN

Kepada UMNO Negeri Kedah tolonglah bertindak segera bagi menyelamatkan UMNO Bahagian Padang Serai. Bom jangka hanya menanti masa untuk meletup sekiranya UMNO Kedah tidak mengambil langkah segera mematikan punca bom jangka itu.

Tolonglah UMNO Kedah. Pergilah jenguk apa yang berlaku di Padang Serai dan carilah jalan penyelesaian sebaik mungkin.

Mengikut laporan yang diterima, hampir 60 cawangan dalam bahagian itu mula bersuara mahu menentang Ketua Bahagian itu. Ada juga yang bersuara mahu keluar daripada UMNO.

Alangkah ruginya UMNO Kedah sekiranya para penyokong UMNO itu keluar daripada parti hanya kerana mereka tidak berpuas hati kepada seorang dua pemimpin dalam bahagian itu.

Walaupun kedengaran juga kenyataan bahawa ahli UMNO di Padang Serai tidak yakin UMNO Negeri mampu menyelesaikan masalah di bahagian berkenaan, UMNO Kedah perlu memainkan peranan sebagai orang tengah yang dapat mencari jalan penyelesaian adil kepada semua pihak.

Tolonglah UMNO Kedah selamatkan Bahagian Padang Serai.

No comments: