Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 11, 2009

UBAT HOSPITAL HALAL KATA LIOW MENTERI KESIHATAN !

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan semua ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit di negara ini diperbuat daripada sumber halal dan akan berusaha mencari alternatif sekiranya ada ubat berkenaan terbukti menggunakan bahan haram.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata semua ubat yang dibekalkan di hospital kerajaan sekarang dipastikan halal meskipun harganya mungkin lebih mahal melainkan sesetengah ubat yang tiada alternatif lain.

"Kita tahu bahawa ubat tertentu seperti fraxiparine bagi mencairkan darah pesakit jantung mengandungi bahan haram tetapi alternatif kepada ubat berkenaan terlalu mahal dan mungkin di luar kemampuan sesetengah pesakit.

"Kita di kementerian perlu mengutamakan tanggungjawab menyelamatkan nyawa pesakit namun kita sentiasa mencari jalan me-mastikan kaedah rawatan dan ubat-ubatan memenuhi tahap piawaian halal," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Parkinson Sedunia, di sini semalam.

Sambutan anjuran Persatuan Parkinson Negeri Sembilan (PPNS) itu turut dihadiri Presidennya, Gharizah Hashim dan Pakar Perunding Neurologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Chew Nee Kong.
Sebelum ini, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan pernah mendedahkan bahawa selain fraxiparine yang mengandungi bahan diperbuat daripada usus babi, beberapa ubat lain seperti kenalog bagi ulser mulut, ubat selesema jenama drixoral dan suntikan clexane bagi mencairkan darah turut dikesan mengandungi bahan haram.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata, program latihan doktor pakar yang secara purata menerima 400 pelatih setahun ditambah kepada 600 pelatih tahun ini bagi mengatasi kekurangan doktor pakar, terutama dalam bidang kritikal seperti neurologi.
Katanya, negara memerlukan nisbah satu pakar neurologi bagi setiap 250,000 penduduk atau 112 pakar bagi 28 juta penduduk tetapi kini hanya mempunyai 35 doktor pakar swasta dan 15 dalam perkhidmatan kerajaan, termasuk enam yang masih dalam latihan.

No comments: