Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 24, 2009

TUGAS YANG MUDAH INI PUN SPR/SPRM KANTOI



Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida Kamaruddin telah ditemuramah oleh TV Antara berkenaan isu edaran risalah-risalah fitnah oleh jentera Umno/Bn melalui perkhidmatan pos. Perkara ini telah terbongkar apabila para pengundi di Permatang Tengah telah membuat aduan kepada Jentera Wanita Keadilan (WIN) semasa mereka sedang berkempen merayu undi di tempat mereka. Edaran-edaran ini telah diposkan secara berulang dengan isu-isu yang berbeza.
Sekiranya edaran-edaran ini telah diposkan kepada seluruh 20 ribu pengundi DUN Permatang Pasir ini dan dilakukan sekurangnya 10 kali edaran, nampaknya Umno/Bn telah membelanjakan lebih RM60 ribu untuk tujuan ini untuk setem dan sampul surat. Jadi berapakah perbelanjaan sebenar yang digunakan untuk calon Umno/Bn dalam pilihanraya kali ini? Ini belum termasuk bahan-bahan kempen yang lain seperti bendera, poster calon, risalah bercetak dan lain-lain lagi.
Kita sedia maklum bahawa SPR telah menetapkan seorang calon DUN hanya boleh membelanjakan tidak lebih daripada RM100 ribu untuk satu DUN. Justeru, Wanita Keadilan akan menyiasat perkara ini dan sekiranya didapati perbelanjaan calon Umno/Bn ini melebihi had yang ditetapkan, Wanita Keadilan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

No comments: