Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 5, 2009

TENTANG HARGA BARANG KITA BANDING DENGAN NEGARA JIRAN TETAPI BILANGAN MANGSA H1N1 BN TAK BANDINGKAN DENGAN NEGARA LAIN?


Tiga daripada 10 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan selesema A (H1N1) berisiko kerana masing-masing mengalami masalah obesiti, baru lepas bersalin dan imuniti rendah.
Bagi 14 kes terbaru, satu termasuk dalam angka mereka yang dirawat di ICU, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
"Jumlah kes terkumpul kes influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang," katanya.
Daripada 1,460 kes itu, 886 daripadanya jangkitan tempatan, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya hari ini.
Daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sedang menerima rawatan antivirus di hospital termasuk di ICU, manakala 23 lagi dirawat di rumah.

No comments: