Sekali lagi calon UMNO yang mewakili BN tewas di tangan PAS dengan majoriti 4,551 undi.
Timbalan Perdana Menteri,yang mengetuai kempen pilihanraya Permatang Pasir kecewa dengan sikap pengundi yang menolak pembangunan untuk perubahan.Tawaran jadi anak emas Kerajaan Persekutuan juga ditolak mentah.
Di antara sebab UMNO tewas ialah pemimpin UMNO masih menganggap rakyat boleh mengikut telunjuk mereka, buta politik dan' gula-gula pembangunan' hanya boleh dilakukan oleh parti politik mereka sahaja. Ini bermakna, mereka tidak percaya dan tidak bersedia menghormati bahawa parti lain juga turut berkebolehan dan berkemampuan untuk melakukan perubahan;
Hakikatnya, di mata para pengundi, pemimpin UMNO belum bersedia mengurus negara ini dengan penuh integriti, keadilan dan 'menjadi keutamaan rakyat', yang umumnya mereka masih banyak mengulangi penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, institusi, pegawai-pegawai awam, undang-undang dan masih bersifat "kebudakan".
Tahniah PAS dan takziah UMNO.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment