Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 25, 2009

SALAM TAHNIAH MOHD SALAM PEMANAH NO 1 DUNIA !


PEMANAH paralimpik negara, Mohd. Salam Sidik kini memegang status sebagai pemanah No. 1 dunia setelah berjaya meraih pingat emas sulung negara pada Kejohanan Memanah Paralimpik Dunia di Republik Czech yang berakhir semalam.
Pada perlawanan akhir, Mohd. Salam yang bertanding bagi acara recurve lelaki kategori ARW2 (berkerusi roda) menewaskan pemegang rekod dunia, Lee Hong Gu dari Korea Selatan dengan pungutan mata 122 berbanding lawannya yang sekadar mengumpul 104 mata.
Mohd. Salam, 25, melahirkan rasa syukur kerana berjaya membawa pulang pingat emas pertama negara daripada kejohanan dunia itu.
"Saya masih lagi rasa terkejut kerana tidak sangka mampu sampai ke tahap ini," katanya semalam.
Beliau berkata, kemenangan itu adalah hadiah untuk semua rakyat Malaysia kerana belum pernah ada pemanah negara yang berjaya membawa pulang pingat emas daripada kejohanan tersebut sebelum ini.
Pemanah yang berasal dari Ulu Tiram, Johor itu berkata, pada mulanya dia agak gementar apabila berdepan dengan Hong Gu, namun perasaan itu dapat diatasinya sebelum memulakan panahan pertama.
Hong Gu pernah menewaskan Mohd. Salam pada kejohanan sama yang berlangsung di Cheongju, Korea Selatan dua tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Salam berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menawarkan latihan sepenuh masa kepada atlet paralimpik sebagai persiapan program 'Road to London 2012'.
"Dengan bantuan penuh daripada MSN selepas ini saya harap dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan persiapan ke Sukan Paralimpik London 2012," katanya.
Menurutnya, memang menjadi impiannya untuk layak ke Paralimpik London 2012.

No comments: