Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 11, 2009

RAMAI MENTERI PENGGUNA BN SELALU KECEWA TAK DAPAT KAWAL BEKALAN GULA ,BEGITULAH LEMBABNYA NAK JAGA 1BARANGAN UTK 1MALAYSIA


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa amat kecewa berikutan ketiadaan gula di Lembah Klang walaupun dimaklumkan masalah tersebut sudah selesai.

"Saya telah mendapat laporan daripada semua wakil negeri-negeri yang mengatakan penghantaran bekalan gula di pasar raya dan kedai runcit telah dibuat.

"Apabila dimaklumkan masih banyak tempat yang sukar mendapatkan bekalan gula, saya amat kecewa," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Lembah Klang mendapati hampir kesemua pasar raya dan kedai runcit sudah kehabisan bekalan gula.

Di Cheras, bekalan gula di beberapa buah pasar raya terkemuka juga tidak dijual sejak beberapa hari lalu akibat kehabisan stok manakala kedai runcit di sekitar Cheras, Ampang, Bandar Tasik Permaisuri hingga ke Kajang juga kehabisan gula sejak lebih dua minggu lalu.

Ismail Sabri memberitahu, masalah kekurangan gula di pasaran telah diatasi dan ketiadaannya terutama di Lembah Klang menimbulkan tanda tanya.

Tambah beliau, pihaknya agak sukar untuk mempercayai kata-kata pembekal apabila mendapat laporan mengenai ketiadaan gula di pasaran sekarang.

1 comment:

BUJANG SUSAH said...

Hahahaha... lawak katun ni...