Datuk Dr Jamaluddin Jarjis Digesa Letak Jawatan Sebelum Ke Amerika
Kerajaan BN dicadangkan agar meminta Datuk Dr Jamaluddin Jarjis melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Rompin sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara itu.
Inilah pandangan umum bagi memastikan rakyat kawasan Rompin mempunyai wakil rakyat yang berkhidmat. Semalam Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri kepada Jamaluddin.
Mohd Fadzli Ramly dari Dewan Pemuda PAS Pahang dalam responnya mengucapkan tahniah kepada Jamaluddin. Sebagai anak jati Rompin dan kenal baik dengan Jamaluddin, Fadzli secara peribadi gembira dengan perlantikan tersebut dan berharap agar beliau mampu menjalankan tugas barunya ini dengan baik.
Walau bagaimanapun, Fadzli dalam kenyataannya turut melahirkan kebimbangan dan kecurigaan atas perlantikan ini. Jamaluddin adalah Ahli Parlimen Rompin, timbul persoalan bagaimana Jamaluddin yang akan berpindah ke Amerika Syarikat boleh memastikan keberadaannya bersama rakyat Rompin yang diwakilinya, dalam keadaan beliau dan rakyat di parlimennya akan mempunyai dua lokaliti yang jauh berbeza? Jamaluddin yang diakui Fadzli memang jarang pulang ke Rompin sudah tentu selepas ini tidak akan menunjukkan muka langsung.
Dalam komennya, Fadzli juga berpendapat yang tindakan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melantik Jamaluddin sebagai Duta Besar dalam masa beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen adalah satu tindakan yang kurang bijaksana. Lebih teruk, ia seolah-olah menghina kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Rompin kepada Jamaluddin.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment